Si pokok nyatoh di Gunung Banang,
Tempat bermula burung bermain,
Tempat jatuh lagi dikenang,
Ini pula tempat bermain

Ikan belanak ikan gurami,
Melompat melata memakan berangan,
Walaupun anak meninggalkan kami,
Jauh di mata di hati jangan

Laut biru sinar berseri,
Pantai tempat kekasih berjumpa,
Ajaran guru sukar di cari,
Mana yang dapat janganlah lupa

Cahaya redup menyegar seroja,
Ayam berkokok mengirai tuah,
Jikalau hidup tidak bekerja,
Umpama pokok tidak berbuah

Pucuk pauh Tanjung Jati,
Anak pelata di tapak tangan,
Kalaupun jauh anak pergi,
Jauh di mata di hati jangan

-Naib Canselor UTM
Majlis Upacara Penyampaian Ijazah-15 September 1984