ENUNGAN PERAYAAN
1- Di pagi raya, kaum lelaki lah yang akan ‘struggle’ untuk berfesyen. Maklumlah mereka perlu memakai samping supaya cantik terletak bersama baju melayu. Lagipun jarang-jarang buat kan. Kurang-kurang tiga kali cuba, barulah nak menjadi. Tak percaya?
2- Yang kaum perempuan sebenarnya paling mudah. Diserkup sahaja dengan telekung solat. Tak perlu risau ropol-ropol lilitan berbelit tudung tu. Ahaks!
3- Mudahkan pengenalan keluarga dengan pakaian ‘colour coding’ bertema sama. Lagi-lagi apabila berada di khalayak raya ramai-ramai. Tak lah tuan rumah perlu berteka teki mana satu anak-anak tetamu mereka. Nanti ter’miss’ bagi duit raya!
4- Lagipun tak adalah kita nak kena bagitahu sokmo. Inilah anak lelaki saya. Tu anak perempuan. Gunakan kaedah komunikasi ‘non-verbal’. Yup!
5- Waktu puncak raya adalah pada pukul 8-12pm. Jangan terasa hati kalau lambat ‘reply’ ucapan raya. Waktu tu adalah khusus untuk bertemu muka, bukan bermuka buku. Semua akan sibuk banget!
6- Ada dapat soalan berinspirasi? Pastinya ada pada setiap tahun kan. Pandailah jawab sendiri ya sebab setiap tahun ramai dah berkongsi skema jawapan. Digalakkan meniru pulak tu!
7- Ada tips penjimatan duit raya? Sila azam untuk mulakan projek tabung hijau (Duit RM5) dan tabung oren (Duit RM20). ‘Tagline’ nya simpan-bila-lihat. Cukup setahun, berbaloi-baloi!
8- Hari Raya kan juga untuk menggembirakan semua. Marilah kita ‘like’ gambar raya rakan-rakan kita sebagai tanda berkongsi kegembiraan yang sama.