Perjalanan jauh tak ku rasa,
Kerna hati ku melonjak sama,
Ingin berjumpa sanak saudara,
Yang selalu bermain di mata….

Awak dah sampai mana tu?
Mesti lain rasanya kan kalau balik kampung untuk beraya. 🤗

Samalah, padahal abang baru je pun balik kampung 😁 Lagipun dah dua kali dapat balik kampung untuk iftar bersama keluarga. Alhamdulillah.
Mujur ada satu kampung je 🤐

Walaupun dah ada ‘flight” JB-KT musim raya ni, tapi lagi ‘best’ kalau dapat drive. Senang pergerakan. Lebih-lebih lagi perlu ziarah saudara dan sahabat handai. Boleh juga bawa ibu bapa ronda-ronda 😘

Syaratnya kena lah pandai ‘timing’.

Balik kampung beraya mestilah pada 10 hari-hari terakhir Ramadhan. Pesan abang, kalau boleh usaha kan bergerak pada malam yang genap ataupun hari keesokannya. Elakkan gangguan perjalanan pada malam-malam yang ganjil 🤓

Kebetulan tadi dapatlah dengar ‘channel’ radio 88.7fm. Radio Terengganu lah tu. Ada ustaz berceramah berkenaan malam 27 Ramadhan yang diberatkan sebagai pilihan Lailatul Qadr. Ada pengiraan yang dicadangkan. Walaupun semua sedia maklum, malam Al-Qadr itu dirahsiakan harinya. Btw, malam 27 tu malam ni ya 😎

Ilmu agama ini sentiasa tidak berputusan di dengar dengan bawaan perspektif baharu. Misalnya walaupun telah banyak kali mendengar Surah Al-Qadr, terjemahan atau tafsirannya. Pasti ada ilmu baharu yang sentiasa menyegarkan. Ianya tepat dengan makna ilmu dan keluasannya. Subhanallah 😭

Ustaz tadi membincangkan tafsir ‘min kulli amr’ dalam ayat ke-4 Surah Al-Qadr. Sebagai masyarakat awam, seakan-akan jarang juga mendengar para ilmuwan alim merungkai makna patah ayat tersebut. Ataupun mungkin abang terlepas dengar 😥

Antara maksud dalam ayat tersebut adalah bahawa ketika itu, datang keselamatan atau kesejahteraan untuk setiap urusan. Ustaz tadi huraikan seakan berlakunya pembaharuan amalan secara tahunan. Boleh sama-sama rujuk tafsir untuk makna lanjutan 😊

Oh ya, perjalanan jauh tu pemusafiran kan. Untuk makluman, jarak JB-KT boleh mengambil masa pemanduan 7-8 jam. Abang biasanya ambil masa lebih daripada itu. Banyak ‘pitstop’ 😁

Bercakap tentang ‘timing’ musafir, tentunya masa perjalanan perlu disesuaikan dengan waktu solat. Jadi perlulah ada perancangan lokasi ‘pitstop’ untuk solat; selain berehat, isi minyak, ‘topup’ TnG dan berselfie 😅

Satu yang berbeza antara Johor dengan Terengganu ataupun Kelantan, kebanyakan lokasi masjid di Johor tidak terletak berhampiran jalan utama. Perlu masuk ke jalan dalam. Boleh lihat di antara laluan biasa Skudai-Johor Bahru. Sama juga kalau kita mengambil laluan Johor Bahru-Kota Tinggi-Mersing. Sebab itulah perancangan pergerakan itu penting 😌

Akhirnya, jangan lupa selesaikan tanggungjawab kerja yang diperlukan sebelum bercuti ya. Beruntunglah mereka yang tidak terikat dengan tanggungjawab secara rasmi. Lebih luwes perancangan yang boleh dilakukan. Dan yang penting, boleh balik kampung lebih awal 😁

Selamat bermusafir awak-awak semua.
Hati-hati di jalan raya.

Biasanya kalau tertulis panjang, maknanya abang dalam perjalanan lah tu 🙂

Kerna ubat mengantuk dalam
perjalanan adalah dengan berfikir, berinteraksi (dengan maya pun ok) dan menulis. Macam-macam genre lagu pun boleh keluar 😉

Salam 27 Ramadhan.
Jemputlah datang ke rumah abang.