Rangkuman antara ‘Happy Projects’ berkumpulan yang berlangsung pada tahun 2017:

1. Program sains bersama guru TABIKA; memberikan khidmat bakti kembali kepada budi awalan.

2. Program persidangan saintifik Asia Pasifik yang pertama di bawah inisiatif persatuan saintifik antarabangsa; membawa bersama nama negara, kecemerlangan, termasuk limpahan sokongan kepada generasi sains negara seterusnya.

3. Program khidmat komuniti bertema kimia bersama rakan strategik persatuan profesional; telah lestari sejak tahun 2011 lagi sempena sambutan Tahun Antarabangsa Kimia.

4. Program keserakanan bersama rakan strategik di universiti selatan dan jabatan pendidikan; melalui NBOS KPT dan KPM bagi menjayakan agenda STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) negara.

5. Program perhimpunan kepimpinan persatuan saintifik kimia antarabangsa yang membawa bersama makna diplomasi, jenama dan pelaburan sains.

6. Program keserakanan merentas fakulti peringkat institusi universiti; menjayakan agenda bersama meneroka perbincangan sumber pencemar alam untuk manfaat pendidikan, penyelidikan, polisi dan komuniti.

7. Program perancangan Pelan Global Universiti; membawa bersama banyak pendidikan dan pembelajaran strategi pendidikan tinggi.

8. Program Perjumpaan Merdeka yang pertama; sebagai ‘perubah permainan’ bagi menjayakan agenda kelestarian kecemerlangan penyelidikan dan merentas laluan baharu Agenda Nobel Sains negara.

9. Program berkumpulan di bawah seliaan dan tunjuk ajar kepimpinan tertinggi universiti bagi menterjemahkan agenda dan aspirasi tahunan dan liputan pencapaian melalui komunikasi penulisan.