Hal ini ada di jelaskan di dalam buku ‘Originals’. Ini kerana ‘Entrepreneur’ bukanlah sepenuhnya membawa karekter pengambil risiko.

Dalam konteks yang di nyatakan, memulakan bisnes dengan berhenti daripada pekerjaan akan membawa risiko yang cukup tinggi. Sifat psikologi dan semulajadi kita tidak akan mengiyakannya.

Perspektif yang salah telah di bina terhadap ikon global seperti Bill Gates, Steve Jobs dan lain-lain. Sebenarnya mereka masih mempunyai laluan untuk kembali kepada kedudukan asal jika bisnes yang dirintis tidak berjaya.

Misalnya Bill Gates bukanlah terus berhenti daripada belajar pada permulaannya. Akan tetapi, beliau telah mengambil cuti semester untuk mengembangkan idea bisnesnya di mana sistem akademik Universiti Harvard membenarkan perkara tersebut.

Steve Jobs di sokong oleh rakan kongsinya, Steve Wozniak yang masih bekerja sepenuh masa bersama HP semasa memulakan bisnes Apple.