-1-
Mendengar tanpa cermat tidak bermakna.
Kerana ramai suka berkata-kata.
Membaca tanpa mencatat hilanglah jua.
Melainkan daya ingatan hebat belaka.
Pilih-pilih yang didengari.
Baca-baca yang berkualiti.
Maka datangnya membawa erti.
Tidak akan sesekali terhenti.
Curahan ilmu dari Ilahi.
-2-
Mudahnya berfikir, senangnya menulis, susah pula bercakap.
Dan adakala susahnya menulis, senang pula untuk bercakap.
Mudahnya bercakap, senangnya menulis, tapi semuanya tanpa berfikir pula.