imageimage

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka. (Surah Ar-Rad:11)

Mengambil sempena nama surah tersebut dan ibrah hijrah diri, saya letakkan tiga aspek yang perlu diberikan nota perhatian oleh graduan dan bakal graduan untuk mengubah destinasi dan hijrah demi masa depan masing masing iaitu:

1- Re-learn (R)
2- Adaptability (A)
3- Dedication (D)

Kerapkali di bangkitkan beberapa isu berkaitan pengangguran graduan selingkaran ketidakmahiran berbahasa Inggeris dan kekurangan kemahiran insaniah seperti pemikiran kritis dan kerja berkumpulan. Saya berpendapat, dua perkara ini hanyalah simptom ternampak kepada pemasalahan yang berakar di bawah. Kunci akar tersebut adalah kemahuan belajar yang telah di simpulkan di atas sebagai ‘Re-learn’; belajar kembali. Kemahuan belajar yang berterusan, sama ada melibatkan penguasaan bahasa dan penerapan kemahiran seharusnya akan meningkatkan aras kompetensi individu. Sememangnya, setiap pekerjaan memerlukan banyak penguasaan ilmu dan kemahiran baru. Justeru, kesediaan untuk belajar dan terus belajar akan menjadi prasyarat kelestarian untuk meningkatkan nilai kebolehpekerjaan, seterusnya menyumbang kepada nilai kebolehpercayaan terhadap diri graduan.

Ekosistem universiti pula tidak akan seratus peratus menyamai ekosistem pekerjaan yang lebih rencam sifatnya. Pengalaman pembelajaran di universiti adalah untuk memberi dan mendidik nilai kemanusiaan selain memupuk bakat profesional. Manakala di alam pekerjaan, proses pendidikan tersebut perlu lebih banyak di cari daripada yang diberi. Harus di akui, graduan yang sediasiap akan di mendapat skor penilaian yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu, persediaan untuk transisi peralihan daripada ekosistem universiti kepada ekosistem pekerjaan harus diatur dengan tersusun. Kepunyaan terhadap sifat ‘Adaptability’ terhadap kemahuan dan keperluan semasa dalam sistem yang berlainan akan memberikan nilai yang tinggi kepada individu. Dalam kata ringkas, rakan pelajar akan bertukar kepada rakan sekerja dan aturan pensyarah akan berubah kepada aturan majikan melainkan jika memulakan kerjaya sendiri mencipta pekerjaan (akan dikongsikan dalam artikel lain). Justeru, proses penyesuaian perlu dilakukan berdasarkan kehendak ekosistem terbaru bagi memastikan tanggungjawab kerjaya dapat disempurnakan dengan efektif dan selesa.

Setiap pekerjaan memerlukan komitmen terhadap penyelesaian tugasan. Komitmen tersebut dapat diungkapkan sebagai ‘Dedication’-dedikasi dengan setiap amanah yang ditanggungjawabkan. Sewaktu memulakan sesuatu urusan yang baru, sememangnya banyak proses pembelajaran yang perlu di alami. Memahami bahawasanya proses tersebut seringkali mengambil masa, faktor dedikasi berkomitmen akan mengambil tempat dan seringkali di hargai oleh semua pihak. Hasilnya, kepercayaan akan dibina yang seterusnya membuka ruang yang lebih luas dan cerah untuk perkembangan laluan seterusnya.

Hijrah ke alam baru, tahniah di ucapkan kepada semua graduan!

https://people.utm.my/bakri/