Kepentingan intuisi+pengalaman ada diperihalkan berdasarkan ‘kesilapan’ Steven Jobs.
Hal ini berkaitan pelaburan dalam produk pengangkutan yang bernama Segway. Kisah panjangnya ada di ceritakan di dalam buku ‘Originals’ yang di cadangkan bacaannya oleh ikon besar usahawan global seperti Richard Branson dan Sheryl Sandberg.
Steve Jobs sememangnya di kenali sebagai inovator yang mempercayai nilai intuisi. Gerak bacaannya sentiasa tepat dengan keperluan dan kehendak pelanggan sehinggakan jenama Apple berjaya di julang tinggi.
Dalam kes Segway, Steve Jobs pernah menawarkan sejumlah USD63 juta untuk memegang pelaburan sebanyak 10% dalam syarikat pengeluarnya. Akan tetapi, tawaran tersebut di tolak. Kemudian, Steve Jobs menawarkan khidmat penasihatan percuma kepada syarikat tersebut selama 6 bulan kerana terpesona dengan prototaip Segway. Tentunya beliau meyakini Segway bakal mendapat sambutan yang lumayan.
Kali ini, jangkaan Steve Jobs telah tersasar. Malah, ramai di antara kita tidak pernah mendengar nama Segway yang sebelum ini di jangkakan menjadi perubah permainan dalam industri pengangkutan awam. Namun, pasarannya kini masih tertutup kepada kegunaan khusus tertentu yang terhad.
Penulis buku tersebut, Adam Grant memberikan kesimpulan bahawa gerak intuisi hanya bernilai jika di sandarkan dengan pengalaman. Oleh kerana Steve Jobs tiada pengalaman dan kepakaran dalam industri pengangkutan sebagaimana bidang teknologi digital, keputusan yang di buat berkaitan Segway tidak memberikan keuntungan.