sains-kimia-utm-science-chemistry

Dulunya kami guru; membuka pintu,
Dirimu lepas bebas berlalu,
Jika tersilap mendapat pandu,
Akhir hujung hingga bertemu,
Sampai jua ke arah tuju.

Kami guru; tetap di sini,
Jika dirimu mahu kembali,
Mencari erti dengan berbakti,
Atau bertanya jalan melingkari,
Makin hebat penuh berduri,
Kerana mendidik tiadalah henti,
Kerana ilmu suri di hati,
Kerana ilmu memandai pertiwi.