学术成熟度
继续 Sambungan
Dua kunci keberhasilan akademik melibatkan pengetahuan 知识 dan kemahiran 技能 telahpun menjadi norma diskusi.
Manakala dua kunci terakhir iaitu kebertanggungjawapan 问责制 dan pemuafakatan 合作 masih memerlukan huraian lanjutan.
Dalam mana-mana kajian yang bersandarkan nilai akademik, pelbagai hujah-hujah pengukuhan akan di sertakan. Tentunya setiap proses yang di mulakan daripada ideasasi, hipotesis, penyelidikan, penemuan, pembuktian dan di lanjutkan dengan perbincangan untuk rumusan akhir akan membuka ruang rujukan ataupun penghujahan balas.
Di sinilah, kematangan akademik di perlukan di mana kunci kebertanggungjawapan akan memastikan semua prosedur yang dilaksanakan adalah teraku dan tepat kerana ada tanggungjawab jawapan di hujungnya. Justeru, setiap daripada hujahan dan pertanyaan yang di terima kemudiannya seharusnya dapat di sertakan bersama ulasan dan perbincangan yang dapat mengukuhkan jawapan.
Dalam hal ini, proses pengukuhan tersebut dapat dilakukan dengan kekuatan sokongan literatur, perkaitan dengan pokok utama perbincangan dan perkiraan pembuktian beralasan terhadap dapatan yang di perolehi serta langkah ke hadapan. Jika tidak, penyelongkaran nilai akademik yang lebih mendalam pastinya akan mengundang kesangsian terhadap kekuatan kualiti sesuatu dapatan yang tidak di matangkan terlebih dahulu.
Dalam proses akademik berkaitan, saya lebih dekat untuk menggunakan kosa kata ketanggungjawapan berbanding ketanggungjawaban. Bagi saya, ia lebih cocok dan seerti maknanya dengan akauntabiliti.
Manakala, makna ketanggungjawaban adalah lebih dekat dengan kunci terakhir iaitu pemuafakatan akademik.
Bersambung 待续
恭喜发钗