Sambungan

Cadangan awal adalah untuk mengungkapkan kata kunci terakhir kematangan akademik sebagai toleransi akademik. Sehinggalah akhirnya diberikan sedikit pencerahan dan ditemukan dengan makna yang lebih dekat dan diyakini sesuai iaitu muafakat akademik.

Perincian muafakat akademik boleh di terokai daripada dua perspektif. Bahagian pertama melibatkan ‘muafakat ke dalam’ yang merujuk kepada pemuafakatan melalui keserakanan akademia. Dengan harapan, hasil penjanaan ilmu dapat di tarjih secara kepakaran bersama. Justeru, kualiti pembangunan dan penghasilan ilmu dapat di tingkatkan.

Nilai muafakat akan menjayakan sesuatu proses pemurnian ilmu yang biasanya melibatkan proses semakan semula, cadangan baharu serta pembetulan jika ada. Dalam hal ini, kesediaan bermuafakat dalam menerima ataupun memberikan maklum balas akan memastikan pematangan ilmu dapat dicapai.

Bahagian kedua pula mencadangkan bentuk ‘muafakat ke luar’. Dalam konteks yang di nyatakan, pencapaian kematangan akademik akan memberikan suluhan kesedaran terdapat nilai ketanggungjawaban terhadap kepunyaan ilmu. Ini kerana perolehan ilmu pengetahuan sepanjang laluan mencapai kesarjanaan bukannya sekadar bertujuan meninggikan ilmu kendiri. Apatah lagi jika berlawanan dengan norma falsafah ‘lagi tunduk, lagi berisi’.

Lebih daripada itu, ilmu harus kembali mendasar untuk di terjemahkan kepada kesejahteraan kehidupan masyarakat dan manfaat kenegaraan. Misalnya dengan pemuafakatan bersama masyarakat, proses pemberdayaan melalui ilmu yang berlaku akhirnya berupaya melimpahkan kemakmuran terhadap sosio-ekonomi setempat.

Berbahagialah mereka yang telah mencapai kematangan akademik tertinggi.

“..Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)”

(Surah al-Ahqaf: 15)

Tamat