kkpstem-johor

Dalam pelbagai program jangkau luar sains kepada pelajar yang telah di sertai, masih tersudut di sana satu pandangan bahawa ianya sukar membawa impak yang mampu mengubah destinasi atau memberi makna baru yang kekal.

Sememangnya aktiviti yang disediakan untuk pelajar melibatkan dimensi pembelajaran berasaskan pengalaman ataupun melangkau dinding kelas sehinggalah mampu menjadi tarikan membina dan menyeronokkan terhadap sains.

Pelajar tetap pelajar, apatah lagi ketika di peringkat proses mencari hala tuju yang masih banyak berubah-ubah. Tentunya panduan yang kekal dan nasihat yang berterusan akan tetap di galas oleh mereka yang dekat dengan mereka; yakni seorang guru.

Begitulah peranan pendidik yang perlu di upayakan, diberikan lawatan semula, di fahami situasi dan di hulurkan tangan untuk menyusur kembali jalan supaya tiba ke penghujungnya seperti yang di impikan.