Program lawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Azman Haji Mokhtar ke Fakulti Sains telah berlangsung dengan jayanya pada 24/11/2021.
Program tersebut merangkumi sesi taklimat kejayaan dan perancangan Fakulti, sesi perkongsian YBhg Tan Sri dan dialog bersama pengurusan Fakulti, kunjungan ke pameran penyelidikan komersialiasi dan komuniti, serta lawatan ke makmal penyelidikan kerjasama Fakulti-Industri.
Selamat datang kami ucapkan!
Kami mengambil perhatian terhadap seruan Tan Sri untuk mengamati perihal:
▶️ Kelestarian dan kejaminan makanan.
▶️ Kemasyarakatan, ketidaksamaan dan kepercayaan.
▶️ Kemajuan teknologi dan kerentanan sosial.
melalui pengukuhan sains asas dan aplikasinya untuk impak komuniti dan komersialisasi.