Di dalam buku “An Avalanche is Coming” yang dicadangkan pembacaannya oleh Menteri KPT, terdapat 5 model universiti yang telah dirumuskan.
Dalam konteks ini, UNIMAS harus menyusun keutamaan masa kini untuk bermodelkan universiti hibrid ‘the mass university’ dan ‘the local university’.
Pendasar polisi dan khalayak awam pula jangan menanggap bahawa semua universiti harus memiliki model ‘the elite university’. Ya, saya merujuk kepada konundrum ranking universiti.
Melihat ke masa hadapan, UNIMAS perlu mengukuhkan karekter berikut sepertimana cadangan penulis buku:
1- Menelaah keistimewaan tersendiri sebagai tujahan keunikan dan ‘distinct’.
2- Mengukuhkan hubungan kenegerian dan kerajaan tempatan.
3- Menjambatkan jarak pembelajaran di antara teori dan praktis terutamanya apabila meluaskan akses pendidikan ke luar bandar.
4- Meneroka nilai baharu di mana tiada lagi kedapatan perlindungan kerajaan dan monopoli pendidikan.