Outcome Based Education (OBE) merupakan kaedah pembelajaran dan pengajaran berpusatkan pelajar yang kini mula digunapakai secara meluas. Sistem tersebut telah beransur-ansur menggantikan kaedah pengajian tradisional bagi tujuan meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran yang akan diukur berasaskan pengetahuan dan kemampuan pelajar. Ianya akan melibatkan penggubalan kurikulum pengajian dengan meletakkan sasaran dan hasil pemahaman tertentu yang perlu dicapai oleh setiap pelajar. Perancangan kurikulum tersebut akan memperincikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar memenuhi jangkaan yang telah ditetapkan.
Penggubalan sesebuah kurikulum berasaskan OBE melibatkan 4 proses berkitar yang mengandungi elemen perancangan, perlaksanaan, penilaian dan penambahbaikan. Peringkat yang pertama melibatkan perancangan memerlukan kefahaman asas terhadap gambaran keseluruhan kurikulum yang akan mementingkan fokus kepada hasil pembelajaran, penghasilan pelajar yang berkualiti, penggunaan kaedah pengajaran yang berkesan serta berinovasi terkini, dan mengambilkira kebolehpasaran pelajar berasaskan permintaan industri dan pihak stakeholder lain. Pembentukan kurikulum dimulakan dengan perancangan spesifikasi setiap program yang bakal ditawarkan. Ia seharusnya mengandungi maklumat objektif pembelajaran program PEO, hasil pembelajaran PO dan perkaitan antara PEO dan PO yang di bina berdasarkan kriteria dan attribut yang perlu diperolehi oleh pelajar. Pencirian PEO akan dibuat berasaskan keperluan dan aras kompetensi yang seharusnya di punyai oleh pelajar selepas jangka masa 4-5 tahun selepas bergraduasi, khususnya apabila mereka berada di alam pekerjaan. Manakala PO dibina berdasarkan kriteria yang perlu dimiliki oleh pelajar sebaik sahaja bergraduasi. Di sinilah perancangan PEO mahupun PO tersebut perlu mengambilkira kaitan visi dan misi institusi pengajian, attribut dan niche pelajar institusi tersebut dan kehendak pihak berkepentingan seperti pihak industri.
Bahagian PO menjadi tanda penting dalam kurikulum berasaskan OBE. PO akan menggambarkan apa dan sedalam mana sesuatu pengetahuan dan kemahiran perlu diperolehi oleh pelajar yang akan diukur hasilnya sepanjang proses pembelajaran mereka. Pensyarah bimbingan juga akan memperolehi gambaran jelas dan teratur berkenaan hasil pembelajaran yang perlu diperlu diterapkan kepada pelajar masing-masing. Kebiasaannya, hasil pembelajaran PO dibentuk menggunapakai kriteria umum kompetensi pelajar yang telah digariskan oleh sesebuah institut pengajian merentas semua program. PO tersebut juga akan di bina berdasarkan garis panduan yang telah diletakkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab terhadap urustadbir universiti. Sebagai contohnya, PO yang dibangunkan oleh Universiti Teknologi Malaysia akan menilai kemampuan pelajar dalam mendapatkan pengetahuan, kemahiran penggunaan kepelbagaian teknik, mampu melakukan penilaian dan penganalisaan serta mempunyai kemahiran insaniah meliputi pemikiran kritis, kemahiran berkomunikasi, mempunyai sikap keusahawanan, kemahiran bekerja dalam kumpulan, menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dan mempunyai daya kepimpinan.
Manakala, perancangan bahagian PEO pula akan mengambilkira keperluan khusus sesuatu program yang bertujuan melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing dan mempunyai kemahiran professional apabila bekerja dalam bidang berkaitan. Penyediaan PEO yang tepat boleh dilakukan dengan melakukan dua analisa utama iaitu analisis keberkesanan program yang mampu membantu kebolehpasaran dan keberdayasaingan alumni , serta analisis kepuasan majikan terhadap alumni. Dapatan hasil akan memberikan maklumat untuk penambahbaikan dan penekanan objektif pembelajaran yang perlu dilakukan. Sebagai contohnya, jabatan kimia fakulti sains meletakkan salah satu PEO untuk melatih graduan yang mampu menggunakan pengetahuan kimia asas yang diperolehi bagi mengembangkan pengetahuan kimia baru yang relevan dengan pembangunan negara. Objektif ini digariskan supaya program yang diikuti oleh graduan dapat menimbulkan rasa minat terhadap penerokaan ilmu kimia lanjutan yang baru terutamanya apabila mereka terlibat bidang penyelidikan dan pembangunan R&D yang menjadi teras utama kepada pembentukan sesebuah negara berdayamaju. Semua kriteria ini akan di hubungkaitkan dengan PO dalam proses pemetaan mapping bagi penyediaaan dokumen spesifikasi program yang menyeluruh.
Pengurusan dan perancangan PEO dan PO akan diselaraskan di peringkat fakulti bagi menggambarkan aspirasi keseluruhan fakulti yang bertepatan dengan matlamat sesebuah institut pengajian. Di peringkat jabatan yang merupakan pemilik kepada sesuatu program, proses perincian program yang seterusnya berdasarkan kursus-kursus dalam program tersebut perlu dilaksanakan. Kursus perlu dirancangkan berdasarkan kepada piawai panduan kursus Course Outline yang akan mengandungi maklumat utama hasil kursus CO, masa pembelajaran pelajar dan rangka pembelajaran kursus. Hasil kursus CO yang dihasilkan akan memperlihatkan sumbangan sesuatu kursus kepada hasil program PO utama. Penyataan hasil kursus perlu melibatkan penggunaan domain pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif yang bersesuaian. Kemahiran untuk mengenalpasti domain yang tepat adalah diperlukan, di mana domain psikomotor sebagai contohnya perlu diberikan perhatian dalam kursus-kursus yang melibatkan praktikal dan amali. Selain itu, hasil kursus CO tersebut dirancang berasaskan kepada hasil yang perlu diperolehi pelajar melalui pelbagai aras taksonomi bloom. Penetapan aras akan bergantung kepada tahun pengajian dan sasaran kemahiran yang perlu mereka miliki. Sebagai contohnya, pelajar di tahun akhir pengajian perlu disasarkan untuk mempunyai kompetensi di peringkat aras sintesis dan analisis dalam bahagian domain kognitif. Manakala, keperluan penilaian dan pentaksiran setiap hasil kursus CO perlu dikenalpasti dan medium penilaian perlu diwujudkan samaada melalui penilaian terus, formatif, sumatif, dan sebagainya. Rubrik setiap penilaian juga perlu disediakan terutamanya dalam penentuan kompetensi kemahiran insaniah. Sebagai contohnya, penilaian untuk pembentangan tugasan boleh dinilai dari segi kepelbagaian dan kedalaman isi pembentangan, teknik penyampaian ataupun kreativiti yang digunakan.
Di akhirnya, pembinaan hasil kursus CO untuk setiap kursus akan dihubungkaitkan sumbangannya kepada hasil program PO melalui proses pemetaan matriks kursus. Proses pemetaan menjadi penting bagi memastikan wujud keseimbangan antara hasil kursus CO pelbagai kursus dan bagi memenuhi tuntutan hasil program PO. Terdapat beberapa pemetaan kursus yang telah ditetapkan meliputi pemetaan kursus dengan hasil pembelajaran PO, pemetaan kursus dengan aras taksonomi bloom, pemetaan kursus dengan peringkat kemahiran insaniah dan pemetaan kursus dengan masa pembelajaran pelajar. Dalam perancangan kursus, masa pembelajaran pelajar yang bersesuaian perlu diletakkan. Ianya akan bergantung kepada jumlah kredit matapelajaran yang diambil dan merangkumi masa pertemuan berdepan pensyarah-pelajar, tempoh masa tugasan, ujian dan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan. Oleh itu, setiap pensyarah kursus perlu memahami keperluan kursus masing-masing di samping tugasan wajib dalam menyediakan nota pembelajaran dan jadual pembelajaran mingguan.
Tahap kedua selepas perancangan ialah elemen perlaksanaan yang cukup kritikal bagi memastikan tujuan pembentukan kurikulum berasaskan OBE akan tercapai. Proses implementasi kurikulum tersebut akan melibatkan dua bahagian pelaksana utama; universiti serta fakulti; dan jabatan serta individu pensyarah. Di peringkat universiti mahupun fakulti, program yang bertujuan memberikan pendedahan kepada pensyarah berkenaan sistem OBE perlu dianjurkan bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan kursus. Pensyarah perlu mengetahui bagaimanakah proses pembinaan hasil kursus dilakukan serta memahami sasaran yang telah ditetapkan untuk setiap kursus. Dalam mewajibkan pensyarah memahami kandungan OBE, mekanisme penerapan kefahaman boleh dilaksanakan melalui pembentukan silibus dalam kursus seperti Sijil Pengajaran Pengajian Tinggi (SPPT) dan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Manakala, program-program bersifat khusus bagi pembinaan kemahiran pengajaran pensyarah boleh dilaksanakan oleh bahagian sumber manusia institusi masing-masing. Contoh program tersebut adalah kaedah pengajaran berasaskan masalah, pengajaran menggunakan teknologi, kursus pembentukan portfolio pengajaran dan kursus kaedah pengajaran berkesan. Di peringkat individu pensyarah, mereka perlu bersedia untuk mengubah kaedah konvensional pengajaran kepada kaedah pembelajaran aktif. Mereka juga perlu memperuntukkan masa untuk menerapkan kemahiran insaniah dalam pengajaran kepada pelajar. Penggunaan teknologi seperti e-Learning juga telah dikenalpasti sebagai bahan tambah untuk memudahkan komunikasi pengajaran dan pensyarah seharusnya memanfaatkan kaedah tersebut.
Elemen ketiga dalam pembentukan kurikulum berasaskan OBE adalah penilaian yang melibatkan proses kajian keberkesanan dan muhasabah keseluruhan kurikulum. Terdapat pelbagai mekanisme penilaian boleh dilaksanakan bagi pengumpulan data untuk tujuan analisis. Antara lainnya tinjauan dan culaan boleh dilakukan terhadap data kebolehpekerjaan graduan berdasarkan tempoh masa pelajar mendapatkan pekerjaan dan kerelevenan pekerjaan dengan program yang diambil. Manakala, tinjauan kepada pihak majikan boleh dilaksanakan melibatkan analisa kompetensi graduan yang menjadi pekerja masing-masing. Majikan perlu menilai tahap pengetahuan dan kemahiran teknikal pelajar, kemampuan pelajar untuk bekerja dengan penyeliaan yang minima, kemahiran pelajar untuk berkomunikasi dan dalam melakukan kerja berpasukan serta adaptasi pelajar dengan perubahan dan tekanan di persekitaran kerja. Bagi graduan pelajar pula, analisa penilaian boleh dilakukan terhadap pandangan mereka terhadap keberkesanan kurikulum dalam pembentukan kemahiran dan membantu daya saing mereka. Di samping itu, dokumen lengkap kurikulum juga boleh dikemukakan kepada pihak yang berkenaan bagi penilaian keseluruhan program. Antaranya melibatkan panel pemeriksa dalaman dan luaran audit akademik yang berpengalaman, panel penasihat akademik luar, professor pelawat terutamanya daripada peringkat antarabangsa, badan professional yang berkaitan dengan program dan rangkaian akademik peer. Diperingkat jabatan pula, penilaian berterusan boleh dilakukan sepanjang pengajian melalui pertemuan rasmi di antara pelajar dan kakitangan.
Bahagian terakhir melibatkan elemen penambahbaikan kualiti yang berterusan CQI. Proses peningkatan kualiti akan melibatkan pengenalpastian kembali sasaran yang diletakkan dalam pembinaan kurikulum termasuk merangkumi objektif program dan hasil kursus untuk dibandingkan dengan data pencapaian yang diperolehi melalui proses penilaian sebelumnya. Pendekatan yang terbaik akan digariskan bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti dan keputusan yang diperolehi daripada anjakan yang dilaksanakan akan dikongsi bersama semua pihak berkepentingan.
Secara kesimpulannya, 4 elemen yang dinyatakan di atas merupakan satu proses yang akan berkitar terutamanya dalam memastikan kurikulum pengajian terus kekal releven dengan perkembangan semasa. Perlaksanaan kurikulum berteraskan OBE dilihat mampu menjana nilai kelahiran graduan pelajar yang lebih tinggi dan bermakna. Walaubagaimanapun, perlaksanaannya tetap menuntut komitmen yang padu daripada semua pihak terutamanya memerlukan sokongan daripada pengurusan universiti ataupun fakulti kerana ia akan melibatkan banyak peruntukan kewangan dan masa. Individu pensyarah juga perlu mempunyai paradigma baru dalam melihat kepentingan untuk mereka menggunakan pendekatan dan kaedah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih terkini. Kurikulum berteraskan OBE ini juga dilihat akan mampu memenuhi keperluan pihak industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan pelajar. Seterusnya, ia dapat menjamin kualiti program akademik yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan akreditasi dan pengauditan dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
By way of introduction, I am Mark Schaefer, and I represent Nutritional Products International. We serve both international and domestic manufacturers who are seeking to gain more distribution within the United States. Your brand recently caught my attention, so I am contacting you today to discuss the possibility of expanding your national distribution reach.We provide expertise in all areas of distribution, and our offerings include the following: Turnkey/One-stop solution, Active accounts with major U.S. distributors and retailers, Our executive team held executive positions with Walmart and Amazon, Our proven sales force has public relations, branding, and marketing all under one roof, We focus on both new and existing product lines, Warehousing and logistics. Our company has a proven history of initiating accounts and placing orders with major distribution outlets. Our history allows us to have intimate and unique relationships with key buyers across the United States, thus giving your brand a fast track to market in a professional manner. Please contact me directly so that we can discuss your brand further. Kind Regards, Mark Schaefer, marks@nutricompany.com, VP of Business Development, Nutritional Products International, 101 Plaza Real S, Ste #224, Boca Raton, FL 33432, Office: 561-544-0719
Is anyone in a position to recommend good Dog Sitting Business Lists? Thanks very much 🙂
I oversee a vape shop web directory and we have had a posting from a vape shop in the United States that also offers CBD goods. A Calendar month afterwards, PayPal has contacted use to claim that our account has been limited and have requested us to get rid of PayPal as a payment solution from our vape shop directory. We do not sell CBD product lines such as CBD oil. We merely offer internet marketing services to CBD firms. I have checked out Holland & Barrett– the UK’s Top Health and wellness Retailer and if you take a good look, you will witness that they offer for sale a comparatively substantial stable of CBD product lines, specifically CBD oil and they also happen to take PayPal as a settlement method. It seems that PayPal is administering twos sets of rules to many different companies. Because of this limitation, I can no longer take PayPal on my CBD-related internet site. This has restrained my payment possibilities and presently, I am seriously dependent on Cryptocurrency payments and straightforward bank transfers. I have consulted a barrister from a Magic Circle law practice in The city of london and they said that what PayPal is doing is definitely against the law and inequitable as it should be applying a consistent benchmark to all companies. I am yet to speak to one more legal representative from a US law practice in The city of london to see what PayPal’s legal position is in the USA. For the time being, I would be highly appreciative if anybody here at targetdomain could provide me with alternative payment processors/merchants that work with CBD firms.