Satu perkara yang jarang dibincangkan dengan teratur adalah kehidupan dan tanggungjawab pemimpin pasca kepimpinan. Tidak banyak rujukan dan model juga boleh dicermati.
Disebabkan itu, ramai pemimpin tetap mahu berpaut erat dengan tiang seri kepimpinan. Ini kerana mereka terasa akan kehilangan ‘sesuatu’ apabila melepaskan tampuk kepimpinan itu.
Dengan itu, betapa ramai yang sering melakukan ‘comeback’ dan melakukan ‘disruptive’ untuk berusaha berada kembali di saf memimpin. Pedulikan soal kepimpinan itu tetap melata 360 darjah walaupun di mana kita berada.
Dicatatkan ada 3 ruang yang biasa di teroka bagi melestarikan sumbangan kepimpinan lepas; iaitu sebagai-
1. Ahli Majlis Penasihatan.
2. Pakar rujukan sejarah dan data organisasi.
3. Duta organisasi.