Tatkala membaca dua pola bicara berlainan arah oleh para cendiakawan, pertimbangannya harus bagaimana?
Dalam perihal tiada serlahan jitu benar dan salah berkontekskan keilmuan, mampukah cendekiawan berlari jauh daripada latar warisan dan kecenderungan?
Beranikah pula cendekiawan tegas berkompaskan ketinggian moral dalam menyuluh laluan yang mencerahkan jalan ke hadapan? Jadi bagaimana?
Barangkali jawapannya masih ada di sini:
“Untuk itu hanya ada beberapa jalan saja, iaitu mengintegrasikan diri dengan kehidupan rakyat itu sendiri, mengenal harapan dan cita-citanya, menyerap duka laranya, bernafas dan bercakap dengan nafas dan bahasa rakyat” – Usman Awang, Peranan Intelektuel, 1970