Bila membaca secara lanjutan dalam konteks kefahaman akademia, didapati bukan program tersebut yang tidak relevan. Akan tetapi, sebahagian besar program tersebut tidak relevan dengan fokus ‘niche’ tujahan universiti yang dinyatakan.

Justeru, ada program yang dimansuhkan untuk universiti tersebut sahaja, tapi masih ditawarkan di universiti yang lain.

Ada juga program yang direkabentuk semula dengan serapan atau gabungan dengan program lain sedia ada di sesuatu universiti, lalu membesarkan lagi sesuatu kapasiti program akademik tersebut.