MENGULANG RAMADHAN
Telah pun dilewati ladang Ramadhan,
Yang dipenuhi buahan masak meranum,
Dipetik-petik menimbun,
Buat bekal perjalanan.
Kan tiba jua di pintu akhiran,
Aduh; berganda lagi kurang petikan,
Terasa mahu dikembalikan,
Laju ke pintu hadapan,
Dan mengulang;
Sekali lagi berdiri berlari bangun berjalan,
Dengan harapan disingkap tangan,
Memetik-memetik buah ranuman,
Di siang hari di penghujung malam.
Namun pasti tiada ulangan;
Kerana pintu ladang hampir tertutup,
Moga bekal yang sedikit ini cukup,
Sehingga pintu kembali diketuk.