Falsafahnya adalah sentiasa berada di dalam mod ‘beta’ dan berevolusi dengan rencam. Walhasilnya proses inovasi dan disrupsi akan kerap berlaku. Kelebihan adalah pada yang mempunyai kelajuan & agiliti-mudah berubah. Manfaat perniagaan akan dicapai oleh industri berasaskan kecil dan sederhana. Secara umum, institusi yang tiada autonomi, kaku tanpa daya fleksibiliti dan gagal memberi maklumbalas dalam masa-sebenar akan menapak ke belakang.