Ilmuwan tulus, katanya;
Perlu berkata itu benar tentang kebenaran,
Perlu berkata itu salah tentang kesalahan.
Akan tetapi;

Ramainya yang diam ketika salah,
Dan berbunyi ketika benar,
Nampak tulus walaupun tempang.

Ramai yang diam ketika benar,
Dan berbunyi ketika salah.
Nampak tulus walaupun tempang.

Dan ada yang diam kedua-duanya.

Maka, carilah hujah yang berlainan bagi menimbangkan keadilan bacaan, kenyataan dan perbincangan. Akan tetapi, hal yang demikian cukup rumit dan melambatkan.

Alangkah baiknya jika cerdik pandai ilmuwan bukan sekadar membina naratif pengaruh berlatarkan kecenderungan (baca: kepartian), akan tetapi turut membawa hujah sejagat.

Jika tidak, lebih baik diam daripada mengelirukan; lebih baik pendam daripada menyusahkan.