Pakcik ni tanya lagi. Ibaratnya cerita menjual coffee. Misalnya, coffee yang mahu dijual ada dua saiz-satu kecil dan satu lagi lebih besar.
Setakat ini, majoriti pelanggan suka membeli coffee yang bersaiz kecil. Soalannya, bagaimana nak tingkatkan jualan coffee yang bersaiz besar?
.
.
.
.
Menurut pakcik tu, taktiknya mudah sekali. Adakan tiga pilihan saiz coffee yang sedia jual. Jadikan coffee yang bersaiz besar tadi sebagai saiz medium pula.
Tentunya ramai yang mula memilih coffee bersaiz medium tu. Kita lah tu, kononnya nak jimat elakkan beli yang bersaiz besar 😬
Nah, tahulah kita sasaran jualan coffee yang sebenarnya adalah untuk bersaiz medium. Perhatikan berapa pula pilihan saiz coffee yang ditawarkan di Starbucks. Empat?
Politik pun macam tu eh? Apa yang ada hanya pada dua pilihan?