(فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤۡمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيۡنَهُمۡ ثُمَّ لَا يَجِدُواْ فِيٓ أَنفُسِهِمۡ حَرَجٗا مِّمَّا قَضَيۡتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسۡلِيمٗا)النساء 65

Nas ini bertujuan menjelaskan bahawa orang-orang yang mendakwa
beriman kepada wahyu yang telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dan
wahyu yang diturunkan kepada rasul-rasul sebelumnya iaitu orang-orang
yang berkata: Kami mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
Muhammad itu Rasulullah, sekalian rasul itu benar, kitab-kitab Allah itu
benar, para malaikat itu benar, hari Akhirat itu benar, qadha’ qadar yang baik
dan yang buruk itu benar mereka yang membuat pengakuan sedemikian jika
masih mempunyai keinginan dan kemahuan untuk berhakimkan kepada
syari’at yang lain daripada syari’at Allah dan sekalipun mereka berhakimkan
Tafsir Fi Zilalil Quran – Ayat-ayat Pilihan________________________________________________
7
syari’at Allah dan sunnah nabi-Nya, tetapi hati mereka tidak bersetuju dan
tidak menerimanya dengan penuh kerelaan, maka perkataan dan pengakuan
mereka tidak diterima dan diambil kira dan mereka tidak termasuk dalam
golongan Muminin dan tidak mendapat sifat keimanan, kerana pengakuan
lisan hanya dipakai dan diambil kira jika tidak disertai keinginan dan
kemahuan untuk berhakimkan kepada yang lain dan syariat Allah dan jika
tidak ditemani perasaan tidak redha dan tidak menerima hukum-hukum
Allah dan rasul dalam mana-mana urusan kehidupan.

fi zilal Al Quran