3 DEKAD PEMBANGUNAN KAMPUS UTM

Pembangunan Kampus UTM Johor Bahru pada 1973 sejak Rancangan Malaysia (RMK) ke-3

Buku 3 Dekad Pembangunan Kampus UTM merupakan hasil pengumpulan maklumat daripada koleksi kertas kerja, laporan projek–projek pembangunan, buku serta majalah berkaitan yang bertujuan bagi mendokumentasikan sejarah pembangunan UTM. Perlaksanaan pembangunan kampus baru UTM ini telah dimulakan sejak tahun 1973. Sejarah penamaan kampus kepada Universiti Teknologi Malaysia tercatat pada 1 April 1975 apabila ITK dinaik taraf kepada UTM.

About The Book

Buku ini juga menceritakan konsep pembangunan yang dilaksanakan serta mengambil kira beberapa kriteria perancangan bagi melancarkan perlaksanaan projek dari Rancangan Malaysia Ke–3 sehinggalah Rancangan Malaysia Ke–8.

Pembangunan kampus induk baru ini juga mengambil kira pembangunan persekitaran yang kondusif serta mengekalkan aspek penghijauan di seluruh kampus supaya suasana pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan harmoni.

Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan untuk menjadikan kampus induk ini bertaraf antarabangsa dengan cara permohonan peruntukan untuk projek–projek pembangunan berasaskan keperluan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penulisan serta pengkomersilan universiti menerusi peruntukan Rancangan Malaysia setiap 5 tahun. Buku ini diharap menjadi sumber rujukan penting dan komprehensif bagi membantu mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan projek pembangunan kampus di Malaysia.

About the author.

Former Vice-Chancellor of UTM

Wahid Omar

Other books