KELESTARIAN PENDIDIKAN TINGGI KE ARAH PENGHASILAN BERIMPAK

Buku bagi menyampaikan hasrat dan strategi universiti sempena tahun 2016

Penyataan YB Menteri Pendidikan Tinggi sangat menarik perhatian umum. Menurutnya, rakyat Malaysia berhak memperoleh peluang pendidikan tinggi yang terbaik dan berkualiti. Rakyat perlu yakin terhadap kepakaran dan keupayaan kita untuk menawarkan pengalaman kesarjanaan berkualiti di dalam negara. Oleh itu, seluruh warga universiti seharusnya melihat tanggungjawab menjayakan dasar pendidikan tinggi sebagai cara terbaik menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

About The Book

Hakikatnya, sistem pendidikan tinggi di Malaysia berupaya berdiri sama gagah setanding dengan negara-negara maju. Daripada segi prasarana, kampus- kampus universiti di Malaysia adalah setaraf dengan negara-negara maju. Bidang pengajian yang ditawarkan juga bersifat profesional, berakreditasi dan kompetitif untuk memartabatkan ilmu pengetahuan, merekayasa inovasi dan mempunyai kebolehpasaran pekerjaan.

Dalam perutusan Tahun Baharu 2016 ini, Naib Canselor dan barisan kepimpinan universiti komited untuk meneruskan dan menjayakan kelangsungan pendidikan tinggi di UTM. UTM mampu mencapai aspirasi, mengekalkan kelestarian dalam pendidikan tinggi, dan memperoleh kejayaan yang gemilang.

 

Seluruh warga UTM wajar memperkasa elemen 4S bagi mengukuhkan DNA organisasi, yang merangkumi empat perkara asas yang perlu dihayati dan diamalkan sepanjang masa, iaitu sense of mission atau misi, struggle atau perjuangan, sacrifice atau pengorbanan serta sincerity atau keikhlasan. Hasil gabungan 4S, seluruh warga UTM mempunyai mind-set bukan sekadar pekerja biasa, tetapi sebagai insan yang mempunyai misi perjuangan yang ikhlas dan sanggup berkorban demi agama, bangsa, dan tanah air. Jelasnya, rakaman tinta sejarah menunjukkan UTM telah memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan negara. Sesungguhnya, seluruh warga UTM sedang meneruskan peradaban gemilang dalam misi pendidikan tinggi yang kita titipkan untuk bangsa Malaysia masa kini dan generasi masa depan.

 

About the author.

Former Vice-Chancellor of UTM

Wahid Omar

Other books