Select Page

Assalamualaikum dan Holla !

Dalam era teknologi terkini, blog telah menjadi satu medium utama dalam menyebarkan informasi dan berkongsi maklumat. Pihak universiti juga mengalakkan agar semua staf UTM untuk mewujudkan laman web peribadi melalui https://people.utm.my.

Justeru itu, pihak Pengurusan CSNano telah menyahut saranan pihak universiti untuk mengadakan Klinik Blog bagi meningkatkan ilmu serta melahirkan staf yang kompeten. Program ini telah diadakan secara bersiri melibatkan semua staf pentadbiran CSNano. Fasilitator jemputan untuk program ini ialah En. Noranizam bin Hj Demin (Pen. Pegawai IT CSNano). 

Bagi bulan November 2019, CSNano telah mengadakan 4 siri klinik blog di mana kelas pertama kami diadakan pada 28 Oktober 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Dekan, Aras 2, T05, UTM Johor Bahru. Kami telah diberi pendedahan berkenaan basic step untuk membina sebuah laman web/blog sehingga peringkat untuk membuat “Posting”. As a new beginner, a bit confused memandangkan banyak langkah yang perlu dibuat tetapi lama kelamaan semakin mahir asalkan jangan pernah berhenti untuk belajar serta menimba ilmu. And this is my official blog ! 

For the next, it will be more series for December 2019

In Shaa Allah 🙂