Resepi Nasi Dagang

Bahan-bahan

3 cawan beras Basmathi atau beras biasa direndam
1 cawan pulut direndam
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Sedikit halba
3 ulas bawang merah dihiris halus
1 atau 2 inci halia dihiris halus
3 helai daun pandan
Garam dan gula sedikit

Cara Masak Nasi Dagang

1. Beras Basmathi dan pulut direndam selama 2 jam atau lebih lama lagi bagus.

  1. Kukus beras dan pulut selama 20 minit.
  2. Keluarkan beras dan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Sementara itu juga, keluarkan periuk dan lapik dengan daun pandan.
  3. Kemudian tuangkan santan cair dan gaul rata bersama beras, pulut dan santan sehingga sebati. Biarkan sekejap sehingga meresap.
  4. Kukus sekali lagi dalam 20 sehingga 30 minit.
  5. Setelah lebih kurang 10 minit, masukkan hirisan bawang, halia dan taburkan halba dalam periuk kukusan.
  6. Keluarkan kali kedua dan gaulkan dengan santan pekat sehingga rata dan nampak macam berminyak berkilat. Tak perlu habiskan santan jika nasi sudah lembut. Nasi siap untuk dihidang.

Jangan risau jika nasi nampak macam tak berapa masak, tambahkan lagi santan cair dan gaul.

Foodies

Resepi Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan

1 ekor ikan tongkol dipotong empat
Santan kelapa (2 biji) campur dengan santan cair, anggaran dalam 1 liter
1 paket rempah Cap Bunga Ros (15gram)
3 atau 4 sudu rempah gulai Cap Bunga Ros
1 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1 inci halia (lebih pun boleh) dikisar
1 inci lengkuas dihiris
5 sudu cili kisar, nak lebih pun boleh
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 asam keping
1 batang kayu manis
1 inci belacan
5 biji cili padi untuk ditabur dalam gulai
3/4 biji belimbing buluh dipotong dua/tomato dipotong 4
Sedikit kerisik
Garam dan gula melaka secukup rasa
2 atau 3 biji telur yang sudah direbus

Cara Masak Gulai Ikan Tongkol

  1. Rebus ikan tongkol dengan asam keping dan sedikit garam sehingga mendidih. Air rebusan jangan dibuang.
  2. Tumis cili, kemudian masukkan semua bahan kisar bersama kayu manis dan asam keping.
  3. Masukkan jintan manis, jintan putih, ketumbar, rempah Cap Mawar dan rempah gulai Cap Bunga Mawar. Gaul rata dan masukkan santan.
  4. Bila dah mendidih masukkan ikan yang direbus sekali dengan air rebusan. Jumlah air rebusan itu bergantung kepada kepekatan kuah yang kita nak. Kalau nak pekat tak perlu banyak. Kalau nak banyak kuah, lebihkan air rebusan.
  5. Masukkan beberapa biji cili padi dan tomato, belimbing buluh dan telur rebus.
  6. Teruskan memasak sehingga pekat dan timbul minyak. Anggaran dalam 20-30 minit dengan api perlahan.

Cara Buat Acar Nasi Dagang

Timun dan lobak merah dipotong memanjang
2 ulas bawang merah dan 1 biji bawang besar dihiris
Nenas dipotong-potong
1 sudu cuka
Gula dan garam secukup rasa

Semua bahan digaul mesra dan biarkan sementara menunggu nasi dan lauk masak

Memasak nasi dagang akan menjadi lebih mudah jika cara memasak dan resepi yang dikongsikan diikut langkah demi langkah. Pasti nasi itu akan menjadi dan sedap dimakan.

Selamat mencuba!

Aku Menulis Bukan Kerna Nama

Tiba-tiba terlintas di kotak pemikiran aku untuk kembali menulis. Menulis sudah menjadi kesukaan aku dari zaman persekolahan dan pembelajaran aku. Kalau tidak menulis aku terasakan dunia aku sekosong-kosongnya. Dengan menulis aku dapat meluahkan … [Continue reading]

Kanser Prostat

Pengenalan Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama … [Continue reading]

7 Cara Mudah Menguruskan Kewangan Secara Bijak

Apabila tiba hujung bulan ramai antara individu sering mengalami masalah untuk mengurus pendapatan secara bijak. Ini kerana, ada yang sering kali terlebih belanja hingga duit yang sepatutnya dikeluarkan untuk membayar komitmen bulanan turut … [Continue reading]

LATIHAN TERBAIK BAGI MEREKA YANG MULA BERJINAK KE GYM

Apabila masuk awal tahun ramai antara kita yang berkobar-kobar untuk mulai workout dan mengimpikan bentuk badan yang idea dan fitness, atas perasaan ingin mempunyai bentuk badan yang di idamkan ramai muka-muka baru membanjiri pusat gym di seluruh … [Continue reading]

Rasanya Telah Lama Aku Tidak Menulis

Sekian lama aku mendiamkan diri serta tidak menulis satu apa pun status dalam blog aku.  Sebenarnya aku lupa kata laluan blog aku.  Itu sebabnya terasa lama aku tidak mencoret sesuatu dalam blog aku ini.  Tengok jika ada kelapangan akan aku usahakan … [Continue reading]

Nasi Lemak Rendang Ayam Crispy

Kebelakangan ini kecoh pasal Nasi Lemak Rendang Ayam Crispy, aku selalu share pendapat aku di Media Sosial. Bagi aku tiada masalah pun jika kita ingin buat perubahan dalam setiap masakan harian kita, seperti Nasi Lemak Rendang Ayam Crispy bukan … [Continue reading]

Kata-Kata Faisal

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika … [Continue reading]

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul? Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa … [Continue reading]

Hidup Sihat – Jantung Sihat

Berhenti Merokok Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis … [Continue reading]