Cinta kadang kala buat diri kita lupa siapa diri kita dan siapa orang yang kita cintai. Bukan setakat itu kerana cinta juga ramai yang merana kerana cinta sesama manusia ini adalah cinta yang sementara.
Kadang kala cinta itu hanya di bibir sahaja bukan lahir dari hati yang ikhlas. Pelik aku rasakan bila anak-anak muda sekarang pandai bermain api dengan perasaan cinta yang 100% dalam hati mereka. Bagi aku cinta dengan orang yang kita cintai tidaklah perlu 100%, kerana aku selalu berikan 25% perasaan cinta aku pada insan tersayang kerana aku percaya mereka juga seperti aku hanya 25% sahaja cinta mereka pada aku. 30% untuk keluarga aku dan selebihnya cinta pada Allah S.W.T adalah cinta paling hakiki. Kerana allah s.w.t amat-amat menyintai dan menyayangi setiap hambanya oleh itu banyak ujian dan dugaan yang allah s.w.t turunkan pada setiap hambanya.
Perlukah kerana kecewa pada percintaan kita terus mengabaikan diri kita tidak terurus. Sebenarnya manusia itu paling bodoh manusia apabila mendambakan diri pada cinta sesama manusia yang lain. Kerana cinta itu hanya sementara kadang kala cinta itu singgah kerana nafsu semata-mata bukan kerana cinta yang lahir dari keikhlasan di hati.
Anak-anak muda ketika ini bercinta kerana nafsu, bercinta kerana ingin menunjukkan diri mereka gagah, menunjukkan diri mereka itu laku dalam perebutan hati orang yang mereka minati. Tapi benarkah hati mereka seikhlasnya menyayangi dan menyintai insan yang mereka panggil kekasih. Oleh itu pada mereka di luar sana yang sedang bercinta tanyalah dalam hati masing-masing apakah cinta mereka sejujurnya dan seikhlasnya menyayangi dan menyintai orang yang mereka sayangi dan cintai. Tepuk dada tanya selera?
Cinta Itu Buta Tetapi Cinta Itu Indah Bila Disulami Dengan Keikhlasan. Tetapi Cinta Itu Pembunuh Jiwa Bila Hati Terluka Dan Disakiti. Namun Cinta Kepada Allah S.W.T Adalah Cinta Yang Hakiki. Cinta itu bukan untuk dipermainkan,sayang bukan sekadar ucapan,dan kasih bukan sekadar luahan.Usah jadikan cinta,kasih dan sayang sebagai bahan gurauan.