Pada masa kini, ramai lelaki yang lebih bersifat maskulin. Mereka bijak menghias dan lebih peka menjaga kesihatan mahupun penampilan diri. Ada juga yang sebaliknya, yakni langsung tidak mengambil peduli tentang semua itu.
Tetapi awas kepada golongan lelaki gemuk di luar sana. Lemak yang terkumpul di dalam badan kita akan menyebabkan organ-organ dalaman kita tidak dapat membesar dengan sempurna. Jadi kita perlu hilangkan lemak untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.
Antara penyakit yang biasanya menyerang golongan seperti ini adalah:
- Sakit jantung
- Buah pinggang
- Strok.
Hasil kajian para saintis mendapati, lelaki yang mengambil protein dapat mengurangkan sehingga 30% risiko mengidap penyakit jantung. Selain itu, ia dapat menurunkan berat badan seseorang dengan seimbang tanpa memberi efek yang negatif pada tubuh.
Protein Mengandungi Nutrien Lengkap
Protein soya juga mengandungi nutrien-nutrien yang lengkap untuk pertumbuhan tisu badan. Ia baik untuk yang selalu ke gimnasium untuk membentukkan tubuh badan. Apabila kita melakukan latihan beratan seperti mengangkat dumbbell, otot yang sedang terbina kemungkinan besar akan cedera.
Jadi, pengambilan protein soya adalah sesuai kerana ia dapat menyembuhkan tisu dalaman yang tercedera tanpa kita sedari.
Sebenarnya, kebanyakkan atlet bina badan atau angkat berat menjadikan protein sebagai sumber makanan utama mereka. Selain dapat membentuk tubuh yang menawan, ternyata manfaat dari protein soya mampu menurunkan berat badan kita.
Trackbacks/Pingbacks