Baju sut adalah pakaian yang seringkali menjadi pilihan lelaki yang terlibat dalam dunia profesional dan korporat. Bila disebut baju sut, ianya harus mengandungi jaket dan seluar yang berpadanan dari segi warna, corak dan tekstur kainnya. Maknanya, set baju sut yang lengkap dijual dengan adanya jaket dan seluar, tidak berasingan.
Jika hanya ada jaket sahaja, ini dikategorikan sebagai blazer. Kebiasaannya, blazer boleh dipadankan dengan seluar yang hampir serupa atau berlainan warnanya. Malah di barat adalah menjadi kebiasaan jika blazer dipadankan dengan jeans untuk menampilkan imej kasual.
Jenis-jenis sut
Terdapat dua kategori utama baju sut:
sut jenis single breasted – hanya mempunyai satu lajur butang
sut jenis double breasted – mempunyai dua lajur butang
Siapa pemakai yang sesuai?
Memang jarang kita melihat orang yang mamakai sut jenis double breasted kerana hanya yang tinggi lampai dan yang kurus akan menyerlah apabila mengenakannya. Ia akan menambah ilusi bahawa mereka lebih berisi dan tegap.
Kebanyakan orang Asia yang terdiri daripada saiz badan sederhana dan ketinggian yang sederhana lebih sesuai mengenakan sut jenis single breasted. Jika bentuk badan anda adalah tinggi, besar dan berisi/berotot pula, elakkan sut jenis double breasted kerana bahagian tengah badan anda akan kelihatan padat dan menjadi perhatian.
Etika sut – tiga, dua atau satu?
Sut jenis double breasted sentiasa perlu dibutang penuh apabila berdiri. Oleh sebab itulah jarang kita menjumpai mereka yang mahu memakai sut jenis ini. Tambahan pula cuaca panas negara kita yang memungkinkan rasa tidak selesa.
1. Tiga butang – Sesuai bagi mereka yang mempunyai ketinggian sederhana dan tinggi, saiz badan sederhana tetapi mahukan lebih gaya dan stail.
2. Dua butang – Gaya paling klasik dan universal, sesuai pada hampir semua ketinggian dan saiz badan.
3. Satu butang – Gaya kontemporari, popular sejak 2009. Sesuai bagi mereka yang tegap dan kurus dengan ketinggian sederhana dan rendah.
Dalam keadaan berdiri, etika pemakaian butang sut jenis single breasted juga bergantung kepada bilangan butang yang ada:
1. Tiga butang – Butang paling atas boleh dikancing sekali sekala (sometimes), butang tengah mesti dikancing (always) dan butang paling bawah tidak perlu dikancing (never). Cara mengingatinya ialah sometimes, always, never.
2. Dua butang – Always, never.
3. Satu butang – Always.
I am actually happy to read this website posts which includes plenty of helpful information, thanks for providing these kinds
of data.
Salam,
Ingin bertanya pakaian semi formal (blazer sahaja).
(Blazer Hitam VS Seluar panjang Hitam VS Kemeja S/Sleeve putih. ) Matching tak
We stumbled over here different page and thought
I may as well check things out. I like what I see so now i’m following you.
Look forward to exploring your web page yet
again.