Assalamualaikum,

Ya saudari para isteri boleh merasa benci dan marah kepada lelaki atau suami yg hendak berpoligami kerana kekurangan dan ketidakmampuan yang ada pada peribadi lelaki tersebut.

Agama Islam tidaklah menwajibkan poligami tetapi memberi keizinan sebagai jalan keluar kepada masaalah zina. Sebagai insan hendaklah kita menyakini bahawa setiap syariatnya adalah untuk kebaikan hambanya. (Maha suci Allah tidak bergantung terhadap makhluk). Sebagaimana saudari meyakini suntikan yang diberikan kepada bayi yang baru lahir (ia menyakitkan) tapi baik, begitu juga dengan poligami diadakan.

Serangan dan pemikiran barat terhadap poligami ini bukanlah cerita baru dan meraka ini kerjanya setiap hari pagi dan petang siang dan malam hanya bercerita tentang keburukan poligami tetapi hanya mendiamkan diri melihat berlakunya zina dihadapan mata sebagaimana diamnya ahli kubur yang sudah mati. Kasih sayang tidaklah seperti duit yang akan berkurangan setelah dibahagi bahagikan, malah kasih kita bertambah terhadap anak yang baru lahir dengan tidak mengurangkan kasih kepada anak yang ada. Nabi S.A.W sendiri mengakui tidak mampu berlaku adil terhadap soal hati kerana ini adalah kurnia allah. Bagi anak yang manja dan pandai mengambil hati pastilah sayang kita lebih dari anak yang biasa. Diera siber ini perlu diakui bukanlah payah untuk mendapatkan wanita untuk dizina dan dinodai tetapi bagi meraka yang memilih jalan halal harus dihormati, meraka ini sebenarnya telah meletakan wanita pada tempatnya sambil memelihara maruah dan hak wanita.

Agama islam itu bolehlah diibaratkan seperti gedung ubat yang menawarkan ubat bagi setiap jenis penyakit, sesiapa yang tak sakit ia tak perlu memakannya.

Sesungguhnya Allah dan Rasul lebih mengetahuinya