aku sedar
aku melukut ditepi gantang
ada tiada tidak dipandang
aku hidung tak mancung
tapi pipiku tak pula tersorong sorong
aku sedar
aku bukan pelangi petang
serinya mampu hilangkankan hatimu yang walang
tapi aku punya hati
sukarkah untuk KAU mengerti?