Cuba anda lihat dalam almari, berapa banyak  seluar jeans yang anda ada, itu belum lagi termasuk seluar jeans adik, abang atau kakak..ada sesetengah pengemar seluar jeans mengenakan jeans tersebut untuk kelihatan ringkas, ada jugak yang nak nampak rugger dan ada juga yang menggayakan jeans setiap hari, namun begitu tahukah anda  cara-cara untuk  menjaga kualiti seluar tersebut agar terjaga?? Mari kita kongsi tips tentang penjagaannya.

1. Pastikan anda sentiasa mencuci jeans dengan air suam atau pada suhu air biasa. Elak mencuci dengan air yang terlalu panas dan terlalu sejuk. Ini kerana ia dapat menghalang kotoran dari tertanggal sehingga sukar untuk dibersihkan.

2. Cuci jeans anda  secara berasingan dengan pakaian yang lain. Jangan campurkan sekali.Pastikan anda  mencucinya pada bahagian luar dan dalam ini merupakan antara cara terbaik untuk mengekalkan warna dan ciri-ciri jeans kekal bertahan.

3. Jika anda  suka pergi ke pantai dan seluar jeans anda terkena air laut dan pasir-pasir halus melekat pada jeans, pastikan anda  tidak basuh terus seluar jeans tu dengan air biasa. Sebaliknya anda ambilkan sebaldi air mendidih..kemudian wapkan bahagian yang terkena air laut atau pasir tadi selama 10 minit. Anda akan lihat kotoran yang melekat akan tertanggal.

4. Jangan sesekali menggunakan mesin pengering untuk mengeringkan seluar jeans yang di basuh. Gantung dan anginkan supaya ia tidak renyuk atau berkedut.

5. Korang boleh menggunakan mesin basuh untuk membasuh seluar jeans korang, tetapi perlu diingatkan, gunakan air pada suhu yang betul.

6. Jangan jemurkan seluar jeans anda dibawah cahaya matahari yang terik, sebaliknya pastikan terdapat perlindungan yang tidak menyebabkan sinar matahari memancar terus kepada jeans.

7. Jangan gunakan bahan kimia untuk mencuci jeans. Ini akan mengakibatkan kualiti warna jeans korang akan luntur.

Bagaimana tentu anda semua akan praktikan info yang admin tulis di pages ini?? seluar jeans anda tentu beli dengan harga yang mahal jadi penjagaan seluar tersebut mestilah dijaga dengan baik..agar anda boleh pakai seluar tersebut lebih lama lagi..itukan satu cara kita untuk berjimat 🙂