Tiba-tiba terlintas di kotak pemikiran aku untuk kembali menulis. Menulis sudah menjadi kesukaan aku dari zaman persekolahan dan pembelajaran aku. Kalau tidak menulis aku terasakan dunia aku sekosong-kosongnya. Dengan menulis aku dapat meluahkan segala-gala yang terbuku dalam dada aku. Suka, Sedih, Gembira aku boleh berkongsi dengan hanya menulis.
Dunia aku hanya dengan keluarga dan segala bahan bacaan, aku tidak punyai sahabat sejati mahupun teman rapat. Kadang kala aku menjadi paranoid dalam berkawan, setiap tutur bicara aku dengan rakan-rakan sepejabat juga terhad dalam ruang pejabat ataupun ketika waktu rehat.
Sebenarnya telah lama aku tidak menulis meninggalkan dunia penulisan bagaikan aku kehilangan butir bicara aku, nyawa aku dan segala-galanya dalam kehidupan aku. Aku menulis bukan kerna nama, teringat aku dengan lagu Papa Rock Ramli Sarip Aku Menulis Bukan Kerna Nama, lirik lagunya seumpama perjalanan kehidupan aku selama ini.
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
(chorus)
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu