Dari satitis mani
Dikandung dan dihidupkan

Keatas kerelaan persendirian
Berjanji menunaikan suruhan

Membesar mengikut acuan
Membangun mengikut aliran
Berpaksikan kepada ajaran silam
Beriman kan kepada kenalurian

Janji, kerelaan, kehidupan dan keagamaan
Hidup, beraliran, pengajaran dan kenalurian
Hanya keimanan yang menentukan
Bukan nya fakta keturunan.

Islam agama manusia
Yang di cari dalam kehidupan
Menunaikan janji yang ditentukan
Membersihkan jiwa yang berdosa

Apalah erti kehidupan yang tidak bermakna
Hidup dengan dosa, takbur, megah kan harta
Hidup tanpa amal serta suruhan Nya
Malah lebih binasa daripada haiwan Nya

Maka..
Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong
Terhadap KU dan datang lah kepada KU sebagai orang-orang
Yang berserah diri dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah
Dan Maha Penyayang.

Amin…