“Zack… Zack..kenapa Zack larikan diri dari rumah”. “Abang, bukan Zack ingin melarikan diri dari keluarga tapi Zack membawa diri kerana Zack tak mahu menyusahkan keluarga kita”. “selama dua puluh lima tahun Zack hidup kedunia ini, banyak telah keluarga kita berkorban”. Zali terkasima dengan kata-kata Zack seorang adik yang selama ini banyak mengembirakan keluarga. Tanpa Zack di rumah akan sunyilah suasana. Dengan sikapnya yang periang membuatkan mereka sekeluarga berada dalam kebahagiaan. Namun sejak dua bulan lalu keadan Zack banyak berubah menjadi, pemurung dan pendiam. ” Abang Zali… Abang… “. Tersentak Zali dengan panggilan Zack. Hatinya merasa gundah resah gelisah dengan susana tersebut. “Abang Zali, Zack sayang keluarga kita, tapi apakan daya Abang”. ” Zack terpaksa..terpaksa… Zack tak nak simpati dari sesiapa… .Zack ingin kuatkan semangat Zack untuk hadapi segala-galanya”. Zack terusan meluahkan rasa hatinya pada Abang Zali.

Keterpaksaan Zack ada sebabnya abang… .namun terlalu sukar untuk adik luahkan pada abang keadaan adik yang sebenar. Adik takut untuk hadapi semuanya, namun adik tahu Abang dan keluarga amat menyayangi adik. Adik tahu semua itu abang. “zack, sampai bila zack nak merahsiakan semuanya dari keluarga kita”. “Abang dah tahu keadaan sakit zack sekarang”. Abang Zali terusan menyoal Zack. “Abang, Zack minta maaf biarlah zack rahsiakan sehingga akhir hayat zack ini Abang Zali”. “Zack tak mahu simpati dari sesiapa”. Zack tersedu di pangkuan Abang Zali. “Zack jangan menghukum diri dengan segala dugaan yang allah turunkan dik, ingatlah semua menyayangi kau dik”. “Nangislah dik, abang tahu dikala ini kau dalam kesedihan, bersabarlah dik”. Abang Zali merangkul Zack dalam pelukan kasih sayang seorang abang kepada adiknya. “Abang Zali, janganlah tangisi Zack, tangisan abang membuatkan Zack bertambah sedih”. “apa pun satu je pinta Zack pada abang”. “Apa dia Zack, katakanlah pada abang, abang akan tolong dirimu dik”. “Abang, Zack pinta pada abang tolong rahsiakan penyakit Zack daripada mak, ayah, Kak Ngah, Kak Chik, Abang Man dan Ucu ya”. “tapi zack mereka semua perlu tahu dik”. “please itu saja pemintaan Zack, Zack tak nak tengok, Mak dan lain-lain sedih”, Zack terusan merayu kepada Zali, Abang Longnya. “Baiklah jika sudah keputusan Zack, akan Abang tunaikan”. Zali berjanji walaupun hatinya merasa sedih pilu untuk menyanggupinya. “Tapi satu je pinta abang, pada Zack baliklah ke rumah ya”. “emmm… ” Zack terkedu dengan pemintaan Abang Zali. “pulang ya, kalau tidak abang akan beritahu pada semua tentang keadaan Zack”. “emm..baiklah kalau itu syaratnya, Zack akan balik”. Zack mengambil keputusan pulang kerumah orang tuanya.

Zali termenung panjang diserambi rumah malam itu, bagaimana harus disampaikannya pada keluarga keadaan Zack. Airmata terusan mengalir dipipi Zali kerana mengenangkan sikap Zack seorang adik yang periang kini berdepan dengan maut. Zack… zack… rupanya selama ini kau merahsiakan sesuatu dari kami semua. “Zali… Zali”.. Mak Piah memanggil Zali. “oh! Mak, terkejut Zali”. “Zali, Zali apa yang kau menungkan tadi, sampai mak panggil pun tak dengar”. “Zack, mana”. Mak Piah terusan bertanya pada Zali. “Zack keluar mak, rasanya dia ke Masjid tadi”. “Katanya dia nak berjemaah kat sana”. Zali menjawab pertanyaan Mak Piah. “Abang Long, Mak..Angah tengok Zack sekarang ni tak macam dulu kan”.. Rokiah tiba-tiba menegur mereka berdua. “iskh… kau ni dari mana Kiah, tiba-tiba terjengok depan mak dan abang long kau”. “ialah Angah, Kau dari mana”. “Angah dari rumah Mak Long, Mak”. “Mak, Abang Long, Mak Long kata kat Angah, Zack sekarang ni sakit”. Rokiah terusan memberitahu Mak Piah dan Zali. “Angah, napa cakap macam tu, Mak Long cakap apa lagi pasal Zack, Angah”. Mak Piah bertubi-tubi bertanya pada Rokiah. Risau hatinya semakin kuat. “Mak Long… Mak Long”. “apa dia angah, mak long..mak long..cuba cerita hal sebenar”. “Mak Long… “. Rokiah mulai teresak-esak menangis. Mak Piah mulai baran dengan sikap Rokiah. “cakap angah kat mak, apa yang mak long kau cakap pada kau pasal Zack”. “Mak long cakap Zack tak dapat hidup lama mak”. “Apa”? Along cuba dengar apa yang angah cakap”. Hati Zali mulai resah. Hati Mak Piah mulai tertanya-tanya kenapa dan mengapa Zack tiba-tiba menghilangkan diri selama seminggu malahan keadaannya menjadi pendiam.

“Along, cakap kat mak nak… Angah cakap pada mak apa yang dah belaku pada Zack”. Mak Piah mulai teresak-esak. “cakaplah along, angah pada mak apa yang sebenarnya dah jadi pada zack”. Zali serba salah pilu hatinya untuk memberitahu pada Mak Piah kalau boleh biarlah nyawanya menjadi galang ganti. “cakaplah Along, Angah cakaplah pada mak”. “mak… mak long kata Zack sakit”… “ia sakit apa… “. “Along cuba cerita pada mak, mak tahu mesti along ada rahsiakan sesuatu dari mak”. Zali terusan mendiamkan diri. Hatinya dipagut pilu diluah mati emak diluah mati bapak. Rokiah terusan tersedu… Hatinya sendiri serba salah untuk memberitahu hal sebenar pada Mak Piah.

“mak..sabar mak..mak Long cakap kat angah, Zack sakit barah otak”. “Apa… mak tak salah dengar ke Angah”… “betul mak..Zack sakit barah otak kritikal mak”. Zali mulai menangis dan memeluk erat ibu tersayang. “mak tak salah dengar ke long”..”tak mak… Zack dah beritahu along dua minggu lepas”… Zali mengiakan segalanya. Baginya segala-galanya tak penting yang penting hati ibunya serta kesihatan Zack paling utama.

Terduduk Mak Piah mendengar perkhabaran tersebut sedangkan selama ini Zack seorang yang periang dan ramah. ?Long, sampai hati Along rahsiakan segalanya daripada mak?. ?Mak, along minta maaf mak, along tak sampai hati nak beritahu mak?. Zali hiba. Dia tidak tahu bagaimana lagi harus dia khabarkan segalanya. “Assalammualaikum… Mak, Along, Angah… apa yang diborakkan ni, sampai Zack masuk rumah pun tak perasan”. Zack memberi salam dan menegur mereka tiga beranak. Mak Piah memandang Zack dengan hati yang sedih. “mak, zack ingat raya korban tahun ni zack nak buat korban”. Zack terus meluahkan hajatnya untuk membuat korban sempena aidiladha yang akan menjelang dua hari lagi. Zali merenung Zack begitu juga dengan Rokiah. Hati Rokiah ditambat kepiluan mendengarkan hajat Zack. Mak Piah merasa kosong hatinya, namun digagahi juga mengiakan segalanya. “suka hati zack lah, mak tak kisah… buatlah apa yang zack suka”. “mak..napa mak cakap macam tu… zack minta maaf mak..kalau zack ada buat salah kat mak”. “ia zack, mak tak pernah ajar zack mendiamkan diri jika ada masalah”. “mak… .along, angah apa semua nie..”. Zack tertanya-tanya dengan perubahan Mak Piah. Hatinya mulai risau. “apakah mak tahu segalanya”. minda zack bermain-main. Rokiah terusan tersedu bila melihatkan keadaan Mak Piah, hatinya sendiri gundah segala rasa bercampur aduk.

Zali mulai risau melihat keadaan Mak Piah yang mulai menangis. Hatinya sendiri pilu dan sedih. “zack, apa pun sekali masalah yang datang kita sebagai keluarga perlu tahu”. “mak… zack tak ada masalah mak”. Zack terus menafikannya. “tak ada masalah kata kau, zack..”. “zack, mak dah tahu segalanya”. “mak tahu apa ni mak, zack tak fahamlah”. “zack mak tahu kau sakit sekarang ni kan”. “tapi kenapa zack rahsiakan pada mak .. pada kakak ngah kau dan keluarga kita”. Mak Piah terusan menangis, kenangkan nasib anaknya Zack. “mak..sabar mak..”. Zali dan Rokiah terusan memujuk dan menenangkan Mak Piah. “Mak, zack minta maaf..mak… ampunkan zack”..Zack terus meluru dan memeluk Mak Piah.

?Majlis Raja-raja dengan ini mengumumkan tarikh Hari Raya Korban telah jatuh pada 1 Februari 2004?. Kedengaran pengumuman tarikh hari raya korban di TV. Linangan air mata Zack terusan gugur dipipinya. Hati pilu mengenangkan yang dia akan pergi meninggalkan orang tersayang. ?allah huakbar allah huakbar allah huakbar? ?lahillah ahillahlah wa?allah huakbar? Takbir hari raya berkumandangan di Masjid berdekatan. Kepala Zack semakin berdenyut-denyut. Tak tertahan dia rasakan. ?Mak, ampunkan zack mak??. ?Bukan Zack tak sayang mak, ataupun keluarga yang lain?. ?aduhh sakitnya?.

Mak Piah berlalu ke dapur, hajat hatinya ingin melihat Rokiah dan Zarina yang sedang memasak di dapur. Esok hari raya, namun hati Mak Piah resah gelisah bagaikan ada sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Hatinya risaukan keadaan Zack, semalaman tidak menyentuh makanan. ?manalah along ni dari tadi tak nampak muka dia?. Mak Piah merungut kerana Zali tidak kelihatan dari tadi. ?Angah, kalau Rin Tanya sesuatu Angah jangan marah ia?. ?Ada apa Rin, tanyalah?. ?Rin, tengok mak, macam susah hati je kenapa?. Rina kehairan dengan sikap Mak Piah yang banyak termenung dari semalam. Hatinya sendiri risau dan malahan rindu dengan gelak tawa Zack. Dia sendiri hairan melihatkan Zack yang seharian terperap dalam bilik. ?Rin, kalau Angah cakap sesuatu jangan terkejut ya?. Rokiah menimbang-nimbang samada ingin memberitahu keadaan yang sebenar atau tidak. Baginya biarlah semua tahu akan keadaan Zack yang sebenar. ?sebenarnya, Rin, mak susah hati sebab abang Zack kamu?. Rokiah mulai bebicara. ?Apa dia Angah?kenapa dengan Abang Zack?. Rina tertanya-tanya. Namun Rokiah serba salah untuk memaklumkan pada Rina tentang keadaan Zack yang kritikal itu. Mak Piah masuk ke dapur. ?Mak, kenapa dengan Abang Zack?. Rina menerpa Mak Piah. Mak Piah terusan membisu seribu bahasa, terasa hatinya ngilu, sedih. Terbayang diruang matanya jikalau setiap kali hari raya puasa ataupun hari haji Zack lah paling sibuk mengemas rumah. ?Assalammualaikum?.assalamualaikum?. Kedengaran orang memberi salam di luar rumah. ?wa?alaikumsalam, Rokiah mejawab salam. ?ucu..ucu?masuk..masuk?. Rokiah terkejut dengan kepulangan Ucu, setahunya Ucu tidak jadi pulang beraya di kampung. ?ialah ucu ni, kenapa tak percaya?. Ucu menjawab dan tersenyum gelihati dengan gelagat Kak Ngahnya. ?Mak mana kak ngah..?.. Ucu terus mencari Mak Piah. ?Mak ada kat belakang dengan Kak Rin?.. Ucu terus berlalu ke dapur dan menyalami tangan Mak Piah serta Rina.

Dalam bilik Zack sedang menahan kesakitan yang amat sangat. ?aduhhh..sakitnya ya allah?.?. ?mak?.mak .. mak..tolong Zack..Zack tak tahan lagi mak?. Zack memanggil Mak Piah dalam keadaan payah dan pelahan. ?Assalamualaikum?Piah..Piah??. Kedengaran suara memberi salam sambil memanggil-manggil Mak Piah. ?Kak Long?masuklah kenapa terjerit panggil Piah?. Mak Piah menegur Kak Long Timah. ?Piah?Zack mana??. Mak Long Timah terusan bertanyakan Zack pada Mak Piah. ?Kenapa, Kak Long..Zack ada dalam bilik?. ?Zack, Piah?Zack?ni Kak Long kenalkan Mariam?Doktor yang merawat Zack?. Mak Long Timah terusan bertanyakan Zack serta mengenalkan Mariam, Doktor yang telah merawat Zack selama ini. ?Mak ..Zack tak tahan lagi mak..Zack dah nak pergi tinggalkan semua?. Zack terusan merintih kesakitan dalam bilik. Darah terusan mengalir dari lubang hidung Zack.

?Tok..tok..tok..pintu terusan diketuk oleh Mak Piah. ? Zack..zack buka pintu ni nak..bukalah pintu ni nak?. Mak Piah terusan memanggil Zack dan menangis. Mak Long Timah pun begitu hatinya sebak melihatkan adiknya Piah yang sedang menangis bila mengetahui keadaan Zack yang kritikal. Hatinya pilu melihatkan semua itu. Sementara Rokiah, Rina dan Maziah terusan memeluk ibunya serta memanggil-manggil nama Zack. Zali yang baru balik berserta dengan isteri dan anak-anaknya dari rumah keluarga mertuanya terkejut dengan suasana hiba itu. ?Mak..kenapa mak..?. Zali bertubi-tubi bertanya kepada Mak Piah..?. ?Zack buka pintu ni Zack..?. Zali berteriak sambil memanggil-manggil Zack. Mariam hanya memandang dari kejauhan dalam tangisan melihat suasana riuh rendah itu. Hatinya juga di pagut kerisauan dan kehibaan. Kerana Zack bukan setakat pesakitnya namun lebih dari itu Zack adalah insane yang amat-amat dia sayangi. Dia tidak tahu bagaimanakah kehidupan dia akan tanpa Zack di sisi. ?Zali..kau buatlah apa saja kopak pintu ni cepat Zali?. Mak Piah menyuruh Zali mengopak pintu bilik. Fizah dan anak-anak berpelukan sama sendiri menangis hiba.. Hatinya sendiri pilu kerana Zack adik iparnya yang paling rapat dan baik hati malahan selalu membantu orang susah. Mengalir air matanya deras di pipi sambil mendekati Mariam. Dia tahu Mariam adalah kekasih Zack kerana sebelum ini Zack pernah memperkenalkan Mariam padanya. ?Mak ketepi?biar Zali kopak pintu bilik Zack?. Zali merempuh sekuat tenaganya agar pintu bilik Zack terbuka. Mereka meluru masuk ke bilik dapati Zack terbaring sambil menahan kesakitan. ? Zackkkkkkk?.zackkk anak mak jangan tinggalkan mak nak?. Mak Piah mendakap Zack dalam pelukan seorang ibu. Zali, Rokiah, Rina, Maziah menangis melihat keadaan Zack yang semakin lemah itu. Mereka berpelukan sesama mereka. Hati mereka tersentuh melihatkan keadaan ibu serta adik yang tersayang. Fizah memeluk Mariam sambil menyabarkannya. Walaupun hakikatnya Fizah sendiri tidak dapat menahan tangisannya. Mak Long Timah menangis tersedu memeluk cucu-cucu saudaranya. ? Mak?zack minta maaf pada mak?jikalau ada salah silap zack pada mak selama ini?. ? Zack..jangan tinggalkan mak nak?Mak dah maafkan Zack?. ?Zack tak pernah ada salah pada mak?. Mak Piah terusan menangis. ?Along, Kak Ngah, Rin dan Maz?Zack minta maaf..aduhhh sakitnya?Zack minta maaf pada semua?. ?Mariam?.?. Mariam terkejut hatinya sendiri tidak dapat dikawal. Terasa ingin dia mendapatkan Zack dan berada dalam pelukan Zack?. ? Mariam?arghhh..Mar?Mariam..ke sini dekat Zack?. Zack memanggil Mariam supaya dekat padanya. ?Abang Zack?.?. Mariam terus mendapatkan Zack. ?Mak?Zack..Mar?Mari?.am?. Dalam kepayahan Zack berusaha memberitahu kepada Mak Piah siapa sebenarnya Mariam di sisinya. Namun dia tahu segalanya akan berakhir. Dia akan pergi buat selama-lamanya menghadap ilahi. Gugur lagi air mata Zack sakaratulmaut semakin hampir. Nafas Zack semakin kencang dan dadanya berombak pantas. ?Mar..mari..am ni kekasih Zack..Mak?. ?Za?Z..Zack rancang ingin melamarnya pada hari raya ini?. ? tapi nampaknya hajat Zack tak kesampaian?. ?Ya allah! Mak Piah terus memeluk Mariam sambil bertangisan.

Semua yang mendengarnya mengalir air mata. Mak Long Timah menangis pilu mendengar penerangan Zack. Fizah, Kiah, Rina dan Ziah terkejut mendengarnya. Hati mereka makin sebak dan pilu rupanya hajat Zack tidak akan kesampaian. Sakaratulmaut semakin menghampirinya. Zali dapati keadaan Zack semakin tenat. ? Zack..mengucap dik..mengucap dik?. Ombak di dada Zack semakin pantas. ? Mak..Za?Zack..Zack ngantuk Mak?Zack nak tidur di pangkuan Mak?. ? Mengucap nak..mengucap nak?.tidurlah..tidurlah Zack..Mak akan pangku Zack??. Mak Piah menangis mendakap erat Zack..? Asyahdualllah illahailallahhhhhhhhhhhh??. Zack mengucap dan terkulai layu di pangkuan Mak Piah. Mariam terusan menangis di sisi Mak Piah. Mereka semua menangis dan terus menangis hiba melihat Zack telah pergi selama-lamanya ketika semua umat islam akan menyambut hari raya korban.

Allah Huakbar
Allah Huakbar Allah Huakbar

Takbir berkumandang berterusan keudara bersama perginya Zack buat selama-lamanya. Mak Piah sekeluarga merasa kesedihan dalam dakapan malam hari raya korban. ? Zack?Mak sayangkan dirimu nak?. Mak Piah membisikan kata-kata sayangnya pada sekujur tubuh yang telah tidak bernyawa itu. Zali terusan menyalahkan dirinya kerana tidak pernah mengambil tahu keadaan Zack selama ini. Rokiah,Rina dan Maziah merasa sepi yang akan bertandang kerana mereka bertiga amat rapat dengan Zack. Fizah dan anak-anak merasakan suatu kehilangan yang amat kerana Zack terlalu sayangkan anak-anak saudaranya serta hormati Fizah sebagai seorang kakak yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya. Mak Long Timah sendirian merasa keperitan terlalu sukar dirinya untuk mempercayai Zack anak saudaranya yang baik hormat pada orang tua dijemput pergi menghadap ilahi. Mariam terusan sebak mengenangkan cinta, kasih sayangnya yang tidak kesampaian bersama Zack. Pelamin angan Mariam bersama Zack punah bersama perginya Zack buat selama-lamanya. Namun Mariam akan pasti menyimpan segala memori indahnya bersama Zack selama ini.

EZ M.N

Ceritaku Tulisanku