Cinta, arghh kadang kala memeningkan kepala aku… apa ada pada cinta itulah persoalan demi persoalan yang selalu menghantui hidup aku… Biarlah apa orang nak kata sesungguhnya aku cukup-cukup merana kerana cinta. Kerana cintalah aku jadi nanar, trauma dengan kata-kata cinta.
Bagi aku cinta sudah lama mati… Bagi aku cinta memualkan dan memilukan... Aku tak tahu sampai bilakah aku akan terusan dihambat perasaan mual benci dengan perkataan cinta… Biarlah beribu insan yang mendambakan cinta dari aku tapi bagi aku segala-galanya telah musnah, punah dilambung gelombang waktu.
Aku meratap, menjerit pilu kerana cintaku putus ditengah jalan.. Segala-gala masih segar dalam ingatan aku.. Kerana cinta aku kehilangan harga diriku malahan keluarga aku sekalian.. aku benci benci dan terus benci dengan perkataan cinta. Hatiku keras dan tidak akan aku berikan segenap perasaan aku pada sesiapa pun biarlah ditelan waktu.. Sehingga kini aku menangisi, pilu hati aku bila kenangan sikap bekas tunang aku… kerana dialah aku jadi seorang perajudis dalam cinta. Bonda selalu berpesan pada aku jangan terusan menghukum diri kerana cinta. Cinta yang mulia sebaik-baiknya untuk yang maha kuasa, berserah dan memohonlah kepadanya jikalau setiap kali hati dan perasaan ku hancur bila terkenangkan Ellyna..
Arghh persetan semua itu… .aku mulai mendedami setiap manusia bergelar wanita… kenapa dan mengapa harus aku gagal dalam setiap percintaan… .Setiap kali perasaan ini timbul aku mulai gelisah gabrah dan segala rasa yang aku rasai. Setiap kali mengenali seorang wanita setiap kali hatiku diguris dan dilukai. Aku terus dan terus memburu cinta tapi kini segala-galanya tidak mungkin akan kembali dalam hidupku..
Ada kala aku menyalahkan takdir, kenapa mesti aku yang harus kecewa dan dikecewakan..Mengapa aku dan tidak orang lain. Aku tak tahu sampai bila ia akan terusan terjadi dalam hidupku.. Aku juga seperti lelaki lain ingin disayangi, dicintai dan dibelai manja seorang wanita bergelar isteri. Namun hingga kini aku terusan sendirian. dua kali aku putus tunang dan beberapa kali aku putus cinta… Aku tidak tahu di mana salah dan silapnya. Aku berusaha menjadi terbaik yang baik. tapi segalanya gagal di tengah jalan. Dimana silap aku? aku cuba memahami mereka semua namun segala-galanya punah…
“Abang, Ellyna rasa buat masa ni Ellyna tak nak bernikah lagi”. “Ellyna nak sambugn study ke UK, dan Ellyna harap Abang terima keputusan Ellyna ni dengan sebaik-baiknya”. “Dan Ellyna nak minta putus dari abang”. Terkedu aku, pelbagai perasaan timbul. Hati aku merintih menangis tapi tiada berair mata. Aku cuba tahankan dan aku cuba hadapinya dengan tabah. “hi apa semua ni, arghh”. Terkejut aku begitu juga dengan keluarga Ellyna dan keluargaku yang lain, dengan herdikkan Bonda tersayang. “bonda, sabar..Bonda”. “apa sabar..sabar”. “Marziah aku datang sini nak tetapkan tarikh pernikahan anak-anak kita tapi ini yang jadi”. Aku benar-benar tak faham apa semua ni”. ” Cuba kau terangkan”. Ibu Ellyna terdiam, dia sendiri merasa gusar, berbelah bagi hatinya untuk menerangkan segalanya. Baginya jodoh pertemuan di tangan tuhan. “ialah Borhan, apa semua ni, aku tak faham”. “cuba kau terangkan pada aku, kalau tak nak dari dulu cakap terus terang, tak payahlah kami terhegeh-hegeh datang meminang”. Ayahnda mulai panas perasaannya. Aku tak dapat menahan sebak ku lagi ketika itu, namun aku terus gagahi hati dan perasaan aku supaya tidak emosional. Ku lihat Kak Ngah sudah mulai berlinangan air matanya. Aku tahu dia sendiri tidak sampai hati melihatkan aku terusan dikecewakan. “Bonda, Ayahnda, mari kita balik”. “Tak payahlah kita gaduh-gaduh dah keputusan Ellyna, kita terima saja”. Kak Ngah menenangkan Bonda dan Ayahnda.
Aku lihat air mata Bonda berlinangan dipipinya. Aku tahu dia ingin melihatkan ku bahagia. Namun segala-galanya telah musnah. Impian ku ingin menjejaki pelamin anganku semuanya punah. Aku tidak tahu di mana salah dan silapku. Ayahnda juga seperti Bonda termenung di kejauhan. Segala persiapan telah dibuat… Perasaan malu bertandang dalam hati Bonda dan Ayahnda, aku tahu perasaan mereka apalagi aku yang mengalaminya. Dalam esakan Bonda memujuk hatiku… “sabarlah Is bukan jodoh kau dengan Ellyna, Bonda harap kau semakin tabah hadapi segalanya”. “Bonda tahu hatimu nak, Bonda sedih bila kenangkan perbuatan orang terhadapmu”.
Bonda dan Ayahnda terusan memberi peransang supaya aku bangkit semula. Aku tahu Bonda dan Ayahnda cukup bimbang jikalau aku tidak dapat mengawal perasaan aku seperti waktu pertama kali aku ingin bertunang dengan Nita… .Segalanya telah ditetapkan tarikh untuk pihak lelaki menghantar tanda… Tetapi takdir tuhan mengatasi segalanya. Apa yang aku hajati tidak pernah kesampaian. Pihak perempuan datang dengan perasaan jengkel dan marah lalu memutuskan tidak menerima pinangan kami sekeluarga.
Aku tergamam, lalu aku terus mendapatkan kereta dan ku pecut laju semahunya. Aku pohon pengertian Nita dan ku rayu agar Nita menarik semuanya. Apakan daya aku jua yang tertewas, mereka tetap dengan keputusan mereka. Seperti orang hilang ingatan aku memecut laju keretaku… Aku harap ketika itu aku mati dalam kemalangan. Aku mohon dan terus memohon namun tuhan masih sayangkan aku. Apa yang aku ingin lakukan terjadi sebaliknya. Hatiku terdetik, aku mengucap panjang dengan apa yang aku lakukan. Dalam kereta air mata lelakiku mengalir deras mengenangkan segala-gala yang aku harapkan tidak menjadi kenyataan.
Itulah ditakuti oleh Bonda, dengan terputusnya pertunangan aku dengan Ellyna. Aku akan jadi seperti dahulu membawa diri seperti orang hilang ingatan.. Bonda takut aku akan cuba membunuh diri seperti sewaktu aku dengan Nita. Aku kuatkan semangat aku pohon pada ilahi agar aku tabah hadapi semuanya. Di atas sejadah aku terusan menangisi nasib aku yang malang. Aku menangis dan terus menangis, kerana kekecewaan ini. Ketabahan ku tidak sekuat mana setiap kali teringatkan kisah aku dengan Ellyna pasti air mata ku akan mengalir di pipi.
“Bonda aku terlalu lemah hadapi segalanya”. Aku tidak sekuat Bonda dan Ayahnda ketika dilanda kerisis keluarga dahulu. Kerana fitnah manusia hampir-hampir Bonda dan Ayahnda berpisah setelah hampir tiga puluh lapan tahun hidup bersama. Kerana fitnah orang yang irihati syarikat Ayahnda mengalami kerugian. Hampir-hampir Syarikat di iktirafkan muflis… Dengan berkat kerjasama Bonda serta doa Bonda siang dan malam akhirnya mereka berjaya bangkit kembali. Tapi aku..aku tidak sekuat mereka berdua… .Setiap kali cinta datang pasti terlepas begitu sahaja. Sampai bila aku begini. Wajah murung ku menceritakan segalanya. Aku cuba menyibukkan diriku dengan kerja-kerja dipejabat malahan aku menyibukkan diri dengan dunia peragaan. Namun semuanya tidak dapat menenangkan hati aku bila keseorangan.
Sampai bila… tuhan tidak adil dalam hidup ku… setiap kali terlintas aku beristifar panjang. Syukurlah aku di berikan didikan agama yang tinggi… aku tak mahu menyalahkan takdir semuanya apa pun aku akan berusaha dan terus berusaha tapi setiap kali cinta hadir dalam hidupku pasti ada saja halangannya. Rakan-rakan terdekat seperti tidak menyenangi jikalau mereka tahu aku ada seorang perempuan dalam hidupku. Mereka berusaha agar aku putus setiap kali dalam percintaan. Akhirnya aku juga yang kecundang dalam percintaan. Hasrat aku untuk berumah tangga tidak kesampaian sehingga kini.
Aku sedih dan terus bersedih… Aku kecewa dan terusan kecewa sampai bila? Semuanya membuatkan aku semakin benci dengan cinta… Cinta bagi aku telah pun musnah dalam hidupku… Aku dah tak percaya lagi dengan cinta… Hati aku benar-benar punah lumat ditelan waktu… .Akhirnya aku terdampar di sini membawa seribu kenangan dalam cinta… ..Pergilah pergilah cinta usah kau hadir lagi dalam hidupku kerana aku telah tiada lagi perasaan itu… .
Hanya sekadar imaginasiku EZ M.N
Everyone loves what you guhs tend to be up too. This type of clever work and
reporting! Keep up the amazihg works guys I’ve added you guys to my blogroll.
Your method of explaining all in this paragraph is actually pleasant, all can simply know it, Thanks
a lot.
Today, I wеnt to the beach front with my children.
I fߋund a sea shell and gave iit to my 4 year olɗ daughter and said “You can hear the ocean if you put this to your ear.” Shhе placed the sҺell to her ear and
ѕcreamеd. There was a hermit crab inside aand it
pinchеd her ear.She never wannts to go back! Loʟ I know thіs
iss comρletely off topic but I had to tell someone!
No matter if some one searches for his required thing, therefore he/she wants
to bee available hat in detail, therefore that thing is maintained over here.
I read this paragraph fully concerning the resemblance of newest and
earlier technologies, it’s amazing article.