Berikut merupakan senarai tanda-tanda awal serangan sakit jantung yang boleh digunakan untuk mengenalpasti sama ada anda berkemungkinan mengalami serangan sakit jantung.
• Rasa susah nafas atau sesak nafas
• Rasa nyeri atau sakit yang pelik pada bahagian-bahagian badan seperti lengan, bahu, punggung, mahupun gigi dan rahang.
• Rasa mual dan muntah-muntah
• Rasa sempit dan tertekan pada bahagian tengah ruang dada yang berterusan untuk beberapa minit
• Berpeluh sejuk
• Pening kepala dan rasa hendak pengsan
Gejala serangan sakit jantung adalah berlainan di antara individu. Sebenarnya, kebanyakan serangan sakit jantung adalah berlainan daripada apa yang kita lihat di wayang filem. Terdapat juga orang yang melalui serangan sakit jantung tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda awal sakit jantung yang menyebabkan mereka meninggal dunia semasa tengah tidur.
Serangan sakit jantung boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Terdapat sakit jantung yang berlaku secara tiba-tiba, tetapi kebanyakannya kes adalah di mana mangsa tersebut dapat merasai tanda-tanda atau gejala awal tersebut lebih awal.
Apa Yang Perlu Lakukan Semasa Serangan Sakit Jantung?
Apabila seseorang itu mengalami sakit jantung, tindakan segera perlu diambil demi keselamatan nyawa mangsa. Ramai mangsa sakit jantung mati akibat daripada lambat bertindak kerana mereka tidak mengenali tanda-tanda penting.
Sebaik sahaja anda rasa sesuatu yang pelik dan anda sangsi anda mungkin mengalami serangan sakit jantung, jangan ragu-ragu, hubungi number kecemasan dengan segera untuk dapatkan bantuan perubatan ambulans.
Jika tiada perkhidmatan ambulans, JANGAN cuba bawa kereta ke hospital seorang diri. Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau jiran untuk hantar anda ke hospital berdekatan. Memandu semasa tengah mengalami serangan sakit jantung adalah sungguh berbahaya kepada nyawa diri dan orang lain.