Mama
terlalu banyak pengorbanan kau terhadapku
terlalu banyak kau tangisi kerana ku
sembilan bulan sembilan hari ku dalam kandunganmu
mama aku bahagia dilahirkan kedunia…

Mama
tangisan hatimu sentiasa ku dengari
tanpamu tidak akan aku lahir kedunia ini
mama aku anakmu kian melangkah kedewasaan
mama aku tahu kau ingin melihat ku bahagia
namun mama aku tidak termampu memberi kebahagiaan itu padamu

mama
aku tahu kau menangisi dengan nasib menimpaku
betapa aku memerlukan mu disisiku
betapa aku merindui mu setiap waktu

mama
hatiku merintih dan terusan merintih
mengenangkan nasib ku yang malang
namun dalam lewat usiamu
kau tetap memberikan aku semangat
untuk bangkit semula
namun mama ketahuilah
anakmu semakin lemah untuk menghadapi segalanya…

mama
aku tidak termampu untuk memberi sinar cahaya kebahagiaan itu
aku takut kecundang dan terusan kecudang
mama dalam lewat semalam aku lihat air matamu mengalir lagi
aku tidak sanggup melihat air matamu terusan mengalir ke pipi
aku tahu mama dalam lewat usiamu
kau sentiasa memikirkan anakmu ini
nasib ku tidak seberuntung orang lain

mama
aku tidak mahu melihatmu menangis lagi
akan ku cuba bangkit semula
walaupun lewat semalam aku tertewas…
mama aku tidak mahu melihat hatimu terluka
dan akan aku pastikan aku tidak melukai hatimu

mama
biarlah aku mengubati hatiku yang terluka
terluka kerana keadaan
terluka kerana penganiayaan orang lain terhadapku
biarlah tuhan membalas segalanya mama…

mama
aku tidak sanggup melihat kau terusan menangis
aku akan berusaha untuk bangkit semula membina keyakinan diri ku…
mama itulah bicara hati ku ini buat mu
aku ingin sekali membahagiakan mu di lewat usiamu
tidak terbalas jasamu pada ku mama… ..

Nukilan EZ M.N

Selamat Hari Ibu,

Al-Fatihah buat Ibuku Tercinta Azizah@Ajizah binti Hj. Ahmad