Ramai yang menganggap rumah lelaki bujang pasti tidak tersusun dan berserabut. Anda boleh mengubah persepsi itu dengan hiasan yang sederhana dan lebih banyak membaca majalah dekorasi.
BILIK tidur adalah ruang penting yang perlu sentiasa kemas.
Semua individu mempunyai spektrum tersendiri bagaimana untuk menghias rumah atau bilik masing-masing. Ada yang lebih sukakan dekorasi yang ringkas dan praktikal. Malah, ramai juga yang langsung tidak memikirkannya kerana beranggapan ia sesuatu yang kurang penting.
Bagi mereka yang masih bujang, dekorasi kediaman banyak dipengaruhi oleh kecenderungan terhadap sesuatu. Misalnya, kalau anda seorang fanatik sesebuah pasukan bola sepak, tidak mustahil dinding dan meja dipenuhi dengan poster atau barangan koleksi.
Namun, biar apa pun minat anda, jangan sampai obses bagi mengelakkan berlakunya kesilapan dalam dekorasi dalaman ruang. Biar pun beberapa elemen sukar untuk dibuang (misalnya panel-panel kayu dan karpet), tetapi jika kena caranya, tip-tip mudah ini dapat membantu.
Terlalu banyak barangan koleksi
Mungkin anda terlalu fanatik dengan karakter filem atau kereta. Tetapi, bagi mereka yang kurang berminat, mereka mungkin melihatnya sebagai tidak jauh bezanya dengan koleksi pinggan mangkuk yang disimpan oleh nenek di kampung.
Jadi, pamerkan barangan koleksi anda dalam jumlah yang sederhana. Beberapa patung Iron Man di atas para pasti nampak menarik. Namun, satu almari kaca yang penuh dengan patung figura pasti membuatkan anda nampak lebih kemaruk daripada anak-anak kecil.
Cara penyelesaiannya: Pamerkan hanya figura yang benar-benar cantik atau sukar diperolehi.
BILIK air orang bujang biar ringkas tapi bersih. Jangan sesekali dibiarkan Bilik Air berada dalam keadaan serabot dan kotor ini boleh menyebabkan ketidakselesaan pada mereka yang mengunjungi rumah anda. Kerana selalunya Bilik Air juga menjadi tumpuan mereka yang suka melihat kebersihan.
Cara Penyelesaiannya : Keraplah mencuci bilik air anda 3 kali sehari..
Bagi remaja, poster merupakan pilihan utama untuk menghias dinding bilik yang kosong. Jika anda sudah pun meninggalkan zaman remaja itu, cuba pilih poster yang benar-benar cantik dan bernilai untuk dibingkaikan.
Bingkai yang sesuai boleh menjadikan satu poster biasa nampak mahal dan eksklusif, selain mengangkatnya kepada karya seni. Poster itu boleh terdiri daripada sekeping poster filem, kulit album, kereta vintaj atau foto hitam putih.
Elakkan daripada mempunyai poster wanita berbikini atau perkara yang menampakkan anda masih tidak matang.
Cara penyelesaiannya: Membingkai poster filem sains fiksyen yang popular boleh menjadi penghias dinding yang menarik dan bernilai tinggi.
Perabot terlebih besar
Sememangnya anda perlu berusaha sedikit untuk memastikan bilik atau rumah kecil itu tersusun rapi dan seimbang. Malangnya, kebanyakan daripada kita tidak mengambil kira aspek ini terutamanya ketika membeli perabot.
Asalkan perabot itu cantik di mata dan menepati bajet yang tersedia, kita cenderung untuk membelinya tanpa mengukur terlebih dahulu atau membayangkan ‘kesannya’ apabila ia diletakkan di dalam bilik.
Jadi, apabila membeli perabot, sila pastikan di mana ia akan diletakkan. Sebelum pergi ke kedai perabot, jangan lupa untuk mengukur ruang yang ingin diisi perabot dan bawa sekali pita pengukurnya.
Sebuah sofa kulit yang mahal dengan meja kacanya tidak bermakna, jika ia memakan satu pertiga ruang tamu anda dan sukar sekali untuk diangkut melalui pintu utama.
Fikir juga secara realistik tentang perabot atau peralatan rumah yang ingin dibeli. Adakah televisyen plasma bersaiz 40 inci itu sesuai dengan dinding yang sederhana lebarnya? Jadi, cara terbaik ialah pilihlah perabot yang lebih praktikal sifatnya.
Cara penyelesaiannya: Pastikan ruang sempit itu tidak sesak dengan perabot yang hanya sesuai untuk pusat pameran. Gunakan para dan kabinet untuk membuatkan bilik nampak kemas.
Perabot luar di dalam rumah
Jangan sesekali letakkan perabot yang digunakan di luar rumah berada di ruang tamu atau di dalam bilik. Memang ada kalanya perabot ini lebih murah harganya, tetapi ia sebenarnya tidak selesa dan buruk.
Tidak perlu kedekut untuk membeli perabot yang praktikal bagi kegunaan harian. Jika tidak pasti perabot bagaimana yang harus dibeli, ada baiknya membuat sedikit kajian dengan membaca majalah atau tanya sahaja kawan yang ada pengalaman mengenainya.
Cara penyelesaiannya: Sofa atau recliner lebih tahan lama dan selesa daripada anda membeli kerusi malas rotan yang mungkin harganya tidak jauh beza.
Ingatlah bahawa tempat tinggal merupakan refleks kepada personaliti anda. Jadi, hiaskan ruang anda secara bijak, matang dan tidak berlebih-lebihan.
Hey very interesting blog!
Very shortly this web page will be famous amid all blogging people, due to it’s nice content