Syukur. Bukan hanya kerana selesai majlis Syarahan Perdana Profesor UTM Ke-103 oleh Prof. ChM. Dr. Abdull Rahim Mohd Yusoff, tetapi ia seolah-olah menggambarkan kejayaan 3 penyelidikan besar di Pasir Gudang, Pontian dan juga negara Kemboja.

Kejayaan bagi penyelidikan-penyelidikan ini ditafsirkan dengan manfaat dan penterjemahan ilmu sains dan teknologi bagi kepentingan masyarakat sejagat.

Apa yang lebih manis, hampir kesemua pihak yang terlibat secara langsung untuk kajian-kajian ini hadir seperti guru-guru dan juga wakil penduduk Pasir Gudang, para nelayan dan wakil Jabatan Perikanan Pontian, dan juga pemimpin-pemimpin dari kawasan-kawasan ini.

Maka hari ini tirai Syarahan Perdana Profesor Ke-013 UTM oleh Prof. ChM. Dr. Abdull Rahim Mohd Yusof bertajuk Penyelidikan Translasional: Pasir Gudang, Pontian dan Kemboja, berjaya ditutup dengan penuh sejahtera.

#SanjunganBangsa
#IamUTM
#DNAUTM

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri