5 September 2024 – Alhamdulillah, syukur atas penghargaan yang diterima dalam Anugerah Penyelidik Muda Cemerlang sempena FS Research Year 2024.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Fakulti Sains atas anugerah yang sangat bermakna ini. Penganugerahan ini disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Rosli Md Illias, TNCPI UTM, dalam satu majlis yang penuh bermakna.

Anugerah ini bukanlah hasil usaha saya seorang, tetapi adalah hasil daripada sokongan dan bimbingan yang diberikan oleh banyak pihak. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Fakulti Sains yang telah memberi peluang dan platform untuk berkembang sebagai penyelidik, rakan-rakan penyelidik yang sentiasa memberi semangat dan bekerjasama dalam pelbagai projek penyelidikan dan keluarga yang tidak pernah putus memberi dorongan dan sokongan dalam setiap langkah yang diambil.

Kerana Tuhan Untuk Manusia

Saya sentiasa berpegang kepada prinsip “Kerana Tuhan Untuk Manusia” dalam setiap usaha yang dilakukan. Anugerah ini adalah satu tanggungjawab untuk terus memberi sumbangan yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara melalui penyelidikan dan inovasi. Semoga anugerah ini menjadi pendorong untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang penyelidikan.