12 Januari 2025 – Alhamdulillah, syukur kerana kami berjaya melaksanakan hari pertama Bengkel Dikir Barat Bersama Alumni UTM dengan lancar. Banyak ilmu dan pengalaman berharga telah dikongsi oleh para alumni dikir barat UTM kepada adik-adik pelajar UTM yang merupakan generasi pelapis.

Bengkel ini bukan sekadar platform untuk mempelajari seni dikir barat, tetapi juga satu peluang untuk memupuk semangat berkumpulan, kreativiti, dan rasa bangga terhadap budaya tradisional kita. Para alumni memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang sangat berharga, mendedahkan pelajar kepada teknik serta strategi dalam persembahan dikir barat yang lebih mantap dan berkesan.

Semoga bengkel ini dapat memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus memelihara dan memartabatkan seni dikir barat, sambil meneruskan legasi yang telah ditinggalkan oleh alumni-alumni UTM yang hebat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberikan sokongan. Kita jumpa lagi pada hari kedua bengkel nanti!