8 Januari 2025 – Petang tadi, saya berkesempatan untuk memantau kemajuan Projek Sejati Madani yang merupakan kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Komuniti Nelayan Ayer Baloi. Inisiatif ini telah berjalan selama 7 tahun dan terus komited dalam membantu komuniti ini melalui pemindahan ilmu dan teknologi yang bermanfaat, serta bersinergi dengan pelbagai agensi untuk memajukan kehidupan mereka.
Fokus utama projek ini adalah dalam penternakan dan produk hiliran kerang-kerangan, yang memberi peluang ekonomi kepada komuniti nelayan. Teknologi yang kami perkenalkan dalam projek ini adalah Molluscure, sebuah teknologi yang telah memperoleh Grant Patent hasil penyelidikan PhD saya dahulu. Teknologi ini berperanan penting dalam meningkatkan kualiti penternakan kerang-kerangan dan membantu komuniti nelayan dalam meningkatkan hasil tangkapan mereka.
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Penghulu Mukim Ayer Baloi, Tok Azrol Ibrahim, atas kerjasama dan sokongan padu sepanjang perjalanan projek ini. Kejayaan projek ini bukan hanya atas usaha kami, tetapi juga atas kerjasama erat dari semua pihak yang terlibat.
Kerana Tuhan Untuk Manusia, Menginovasi Penyelesaian.

Recent Comments