29 JUN 2024 – Tahniah HIMSAK UTM atas Kejayaan Malam Seribu Erti
Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) UTM atas penganjuran Malam Seribu Erti yang berlangsung dengan jayanya semalam. Acara ini telah memberi makna yang mendalam dan berjaya mengeratkan silaturahim antara semua ahli serta alumni.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pimpinan HIMSAK Kebangsaan, termasuk Presiden Bad, Bendahari Man, EXCO Wan Mahassan, dan pimpinan lain atas kesudian hadir bersama adik-adik di UTM. Kehadiran dan sokongan anda telah memberikan inspirasi dan semangat kepada generasi pelapis HIMSAK di UTM.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk mengukuhkan lagi ukhuwah dan jaringan antara ahli, sambil memupuk rasa cinta kepada negeri Kelantan tercinta.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Malam Seribu Erti. Tahniah sekali lagi kepada HIMSAK UTM atas dedikasi dan usaha yang luar biasa!

Recent Comments