Pada hari ini, 29 Disember 2024, saya bersama En. Daniel sebagai pensyarah kursus Industrial Environmental Chemistry (SSCC 2233) telah membawa seramai 62 orang pelajar ke Loji Rawatan Air Ranhill SAJ Pagoh untuk sesi Work-Based Learning (WBL) sempena SIIFS 2024.
Sesi pembelajaran ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk melihat sendiri bagaimana teori yang dipelajari dalam kelas diaplikasikan dalam situasi sebenar di loji rawatan air. Dari konsep asas rawatan air sehingga kepada proses operasi loji untuk bekalan air domestik, para pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam dan berpeluang untuk bertanya soalan secara langsung kepada pakar operasi loji.
Kunjungan ini bukan sahaja memberi pendedahan praktikal, malah membuka mata pelajar terhadap cabaran dan kepentingan rawatan air dalam memastikan bekalan air bersih untuk komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ranhill SAJ – Setitis Yang Bermakna atas penerimaan yang amat baik, serta kepada pentadbiran Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia, atas sokongan dalam menjayakan sesi pembelajaran yang sangat bermakna ini.
Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi kepada pelajar dalam meneruskan kecemerlangan akademik dan praktikal mereka di masa hadapan.


Recent Comments