9 Jan 2025 – Hari ini, kami, staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama wakil dari IPTA dan IPTS seluruh Malaysia, berpeluang menghadiri Perutusan Tahun Baharu 2025 yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir (atau lebih mesra dikenali sebagai Doc Zam).
Sebelum sesi perutusan, para tetamu dijamu dengan santapan minda melalui Forum KPT: Imbasan 2024, yang memberi peluang untuk mengupas sorotan kejayaan serta ruang penambahbaikan dalam agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), khususnya dalam usaha menyediakan sumber manusia intelektual yang berkualiti untuk negara. Forum ini menjadi platform yang sangat berguna bagi mengenal pasti cabaran yang dihadapi serta langkah-langkah untuk terus memperkasa pendidikan tinggi di Malaysia.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPT kerana memilih UTM Sanjungan Bangsa sebagai tuan rumah untuk Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi 2025. Sungguh suatu penghormatan besar bagi kami untuk menjadi sebahagian daripada acara bersejarah ini.
Semoga dengan semangat yang diperbaharui, kita semua dapat terus berusaha untuk memajukan pendidikan tinggi di Malaysia dan menghasilkan lebih ramai individu yang berilmu dan berkemahiran bagi menghadapi cabaran global.
Recent Comments