21 Januari 2025 – Baru-baru ini, saya mengadakan sesi gotong-royong di makmal sambil menyambut Tahun Baru Cina lebih awal bersama para pelajar tahun akhir. 🍊🧧 Makmal ini merupakan tempat kami semua menjalankan kerja-kerja penyelidikan, jadi memang penting untuk sentiasa memastikan ruang kerja dalam keadaan kemas, selamat, dan teratur.
Kami turut mengambil kesempatan untuk mengemaskini status bahan kimia dan peralatan supaya semuanya siap sedia untuk digunakan bila semester baru bermula nanti. Aktiviti ini melibatkan semua kerja jadi lebih mudah dan cepat bila dilakukan bersama-sama.
Sekarang, para pelajar sedang bercuti seketika daripada melakukan aktiviti-aktiviti makmal untuk memberi peluang kepada mereka menghadapi peperiksaan akhir. Semoga semuanya dipermudahkan dan berjaya dengan cemerlang!
Recent Comments