7 April 2025 – Walaupun masih dalam suasana Syawal, kuliah bersemuka telah pun bermula pada Hari Raya ke-8! Para pelajar kembali ke kampus untuk menyambung pembelajaran, khususnya bagi kursus Kompetensi Instrumen Industri yang memerlukan sesi praktikal secara fizikal.
Kursus ini memang agak mencabar untuk dijalankan sepenuhnya secara dalam talian kerana melibatkan kemahiran penggunaan peralatan makmal dan pemahaman terhadap instrumen industri secara langsung. Kehadiran fizikal amat penting untuk memastikan pelajar benar-benar menguasai aspek teknikal dan aplikasi sebenar.
Minggu depan pula, kita akan ke Tasik Ilmu UTM untuk sesi pensampelan yang merupakan komponen penting dalam kursus ini. Semoga semuanya berjalan lancar dan pelajar dapat manfaat maksimum daripada pembelajaran secara hands-on ini.
Selamat kembali ke kampus dan selamat menyambung Syawal bersama ilmu! 🌙📚
Recent Comments