12 Mac 2025 – Satu mesyuarat perancangan dan penyelarasan pelaksanaan program komuniti di Pulau Pangkor telah berlangsung baru-baru ini, dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Hubungan Industri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Dr. Mohd Sharil Abdullah.

Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan program berimpak tinggi yang melibatkan penglibatan institusi pengajian tinggi bersama komuniti setempat, khususnya di Pulau Pangkor. Ia turut menekankan aspek kolaborasi rentas sektor serta peranan pendidikan tinggi dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat tempatan.

Perbincangan ini membuka ruang untuk perkongsian pandangan dan penyelarasan strategi pelaksanaan agar program yang dirancang benar-benar memberi manfaat dan impak yang mampan kepada komuniti sasaran.

#KPT #KomunitiPendidikanTinggi #PulauPangkor